Assalamualaikum!
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, kita telah memasuki bulan Ramadhan lagi diberkati. Macam mana puasa semua, ok ye? Terawih, mantop kan? Beressssss!
Ok, ada satu perkongsian menarik yang aku kira mungkin kita boleh jadikan sebagai tambahan ilmu dalam kehidupan. Biasa, kalau mak kejut kita bangun pagi apa yang kita akan buat dulu? Buka mata, bangun dan duduk sekejap? Buka mata, terus bangun dan berdiri capai tuala? Buka mata, bangun berjalan ke dapur minum air masak segelas?
Haaa ... sesetengah orang terutamanya orang-orang lama seperti mak-mak kita, nenek-nenek kita ada menasihatkan kalau bangun tidur tu jangan terus bangun dan berdiri. Ambil masa untuk duduk sebentar, minum segelas air suam dan barulah bangun berdiri dari tempat tidur. Kalau nak tahu lebih lagi pasal benda ni, jom terjah info ni!
Amalan 3½ minit yang perlu kita buat bila bangun dari tidur
- Apabila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama ½ minit
- Kemudian, duduk atas katil untuk tempoh ½ minit
- Selepas itu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama ½ minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.
Selepas mengamalkan 3½ minit, otak tidak akan mengalami anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.
Perkara ni bukan benda baru, tapi memang ada diajarkan pada kita walaupun jarang. Dalam Islam juga, ada adab-adab tertentu yang diajarkan pada kita bila bangun dari tidur.
So, lepas ni kalau ada yang tabiatnya jenis bangun tidur terus berdiri dan berjalan kenala ubah ye. Sebab tak elok untuk jantung kita, umpama dia 'terkejut' gitu.
So, lepas ni kalau ada yang tabiatnya jenis bangun tidur terus berdiri dan berjalan kenala ubah ye. Sebab tak elok untuk jantung kita, umpama dia 'terkejut' gitu.
lisa lak tidur kt tilam jek. hahah tidur atas katil mmg jatuh arrrr... tpbiasa bangun tido mmg duduk dulu. walaupun tk diajar.. dahbiasa kot
ReplyDeletenice share..
ReplyDelete