Assalamualaikum!
Selamat hari mama untuk semua mama, ibu, mak, bonda, mommies dan seangkatan dengannya! Walaupun aku tak menyambutnya secara serius, tapi inisiatif anak-anak untuk meraikan dan menghargai ibu mereka tidak patut disia-siakan betul tak?
Secara praktikalnya, tiada sambutan khusus tapi anak-anak memang suka bagi hadiah-hadiah ni hehe. So, orang nak bagi takkan la kita nak tolak pulak kan. Lagi pulak hadiah tu dari anak-anak kita sendiri, apalah salahnya terima, ucapkan terima kasih dan peluk cium mereka tanda kita hargai pemberian dan inisiatif mereka untuk lebih menghargai dan menyayangi kita ...walaupun diaorang tahu kita mak-mak ni jenis yang membebel dirumah hehe.
Dua orang anak solehah ibu ni sedang meningkat dewasa. Makan pun tak berapa nak memilih sangat dah ..dah boleh dibawa berbincang hehe. Kakak dah pandai makan buah durian, cuma Mira je yang masih memilih. Tapi dua-dua sama besar .. kalau orang tengok, mesti terpacul soalan ni, "kembar ke diaorang ni? sama besar je ni" .... urmm doa-doakanlah ibu dapat kembar pulak lepas ni ye hehehehehe.
From my kenit, Mira
My kenit yang bagi dulu hadiah Hari Mama. Keluar je dari pagar sekolah terus hulur bunga ni kat ibu.
"untuk siapa?",
"untuk mama la ..."
"kenapa bagi mama?"
"sebab Hari Mama la ...", pastu dia sengih hehe.
From my sulung, Wani. Goodbye to Carlo Rino *tutup almari*😂
My sulung memang dah plan awal-awal nak bagi hadiah. Seminggu sebelum tu dia dah bagitau dia nak bagi hadiah best kat ibu. Katanya nak guna duit yang dia kumpul. Last-last, duit tu aku masukkan dalam akaun bank siap-siap hehe, Tu yang dia frust sikit tu, pasal nak beli hadiah untuk aku guna duit dia.
Tapi semalam, aku bagi jugakla dia duit untuk beli barang yang dia nak kat CBS. Tapi rupanya dia pau duit adik dia lagi RM5 dan senyap-senyap gi belikan aku dompet kaler pink bergaris hitam tu haha! Alahaiii ... terharu ibu kat situ jugak. Mujur time tu pelanggan tak ramai lagi huhu.
Teringat dulu kakak suka bagi ibu surat. Kakak akan tulis macam-macam dalam surat tu, I love u mama la ... Kakak sayang mama la ... kakak minta maaf la (ni sebab dia buat salah hehe) dan macam-macam lagi. Tapi walaupun sekarang kakak dah jarang nak bagi ibu surat cinta, kakak tak lupa nak bagi ibu hadiah. Bagi ibu, kakak dan adik adalah hadiah terindah yang ibu pernah miliki dalam hidup. Ibu sayang kakak dan adik walaupun ibu kuat membebel. Apapun yang terjadi, ibu akan tetap menyayangi anak-anak ibu sampai bila-bila.
Yang menyayangimu,
Ibu
No comments:
Post a Comment