Assalamualaikum!
Diam tak diam, dah dua tahun lebih kami berniaga carboot sale. Bermula dengan meniaga baju terpakai kepunyaan sendiri je, sedikit demi sedikit kami beralih ke barangan lain dan kini kami meniaga beg bundle, jubah bundle dan barangan antik walaupun tak banyak.
Tahun 2017 ni juga menyaksikan penglibatan aku dalam bisnes simpul kasih yang aku pelajari dari kakak ipar ku sebelumnya. Walaupun hanya secara kecil-kecilan tapi alhamdulillah respon dan feedback positif dari pelanggan sangatlah memberangsangkan. Pun begitu, aku sedia menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan diri.
Walaupun proses membuat simpul kasih ni agak rumit, dari bab menyiang ikan, mengasingkan isi ikan dengan tulang, menumbuk isi, membuat sambal dan seterusnya menyimpul, tapi aku seronok buat sebab adanya pertolongan dari suami tercinta yang banyak sokong dan membantu menyiapkan tempahan simpul kasih.
Disebabkan kami berdua sahaja tenaga kerjanya maka masing-masing ada tugas yang telah dikhaskan hehe. Kini alhamdulillah rasa puas dan terharu bila ada yang sudi merasa simpul kasih air tangan kami.
Respon yang baik dari pelanggan membuatkan ada yang repeat order 2-3 kali! Alhamdulillah ...rezeki anak-anak. Namun, walaupun sambutan baik dari kalangan sahabat dan pelanggan luar, kami hanya mampu menghadkan tempahan 5kg setiap minggu, sebab macam aku cakap tadi la ... tukang simpul aku, tukang goreng Pak Jelan hehe. So, kena bajet masa betul-betul supaya tempahan dapat disiapkan mengikut tarikh yang pelanggan nak.
Sebab tu, ingin aku war-warkan disini bahawa tempahan untuk raya 2017 telah pun dibuka. Kalau nak dapat simpul kasih sebelum tarikh balik kampung, silalah order awal-awal supaya tidak mengundang kekecewaan di pagi raya hehehe.
Bagi yang berminat nak bawa balik simpul kasih bagi mak atau mak mertua atau sedara mara atau adik beradik atau kawan-kawan , boleh lah menempah Simpul Kasih Razhani laju-laju sebab kami pun nak balik kampung jugak nanti hehe.
InsyaAllah hari raya atau majlis korang akan lebih berseri dengan kerangupan Simpul Kasih Razhani kami😉

Favourite mak ena kerepek simpul ni... nanti boleh la order dengan akk nanti
ReplyDeleteboleh no problem :)
Deleteaaminnn yarabbal alamin .... takda la pandai mana sis, cuma hat ni je yang senang sikit berbanding buat cake hehe
ReplyDelete