Assalamualaikum!
Sejak peristiwa 4 tahun lepas, abah semakin berhati-hati dalam pemakanan dia. Tiada lagi air nescafe dan makanan pun bersukat garamnya. Dalam nak maintain darah tinggi dia, rutin menelan 6 biji ubat sehari diteruskan sehingga sekarang. Dan kini, jantung pula ... organ penting dalam tubuh.
Beberapa bulan lepas, ketika abah buat rutin pemeriksaan kesihatan di Klinik Ayer Molek, dia ada cakap yang dia minta untuk jalani pemeriksaan jantung di Hospital Melaka. Nak tahu juga perkhabaran jantung didalam tu. Selepas berpuluh tahun menyedut asap rokok dan berhenti sepenuhnya 4 tahun lepas, adakah ia masih mampu menjalankan 'tugasnya' atau sebaliknya?
Memandangkan mak tak boleh ikut sebab kaki mak pun tak kuat nak berjalan jauh, apatah lagi nak mencari tempat dalam hospital tu. Maka, aku dan Pak Jelan la yang temankan abah gi check jantung. Aku tak boleh kalau abah gi sorang ...risau macam mana la dia nak cari tempat tu lagi, nak bertanya orang lagi ..haihh.
Appointment dalam kul 9.30am, tapi kami sampai awal terus hulur surat temujanji pada doktor bertugas di situ. Abah dah gabra dah hehe ...tapi aku cakap rilek la bah. Dia bukan nak toreh dada abah pun, nak scan jantung je. Kalau tak buat sekarang, bila lagi? Takkan nak tunggu appointment lagi 6 bulan?
Masa doktor tu scan jantung abah, aku duduk ditepi. Dari paparan tu, aku dapat lihat jantung abah berdegup dan bagaimana ia menjalankan tugasnya mengepam darah. Lepas tu doktor tu rekod bunyi jantung, bunyi dia "klap klap klap" bukan "dup dap dup dap" macam kita biasa dengar tu hehe. Di situ jugaklah aku dapat tengok injap jantung abah ... bukak katup bukak katup! Subhanallah ....
Tak lama scan jantung, hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Lepas tu, doktor bagi penerangan sikit tentang keadaan jantung abah. Alhamdulillah ... semuanya baik-baik. Cuma abah kena maintain pemakanan. Banyakkan bersenam dan jaga minyak dan makan ubat. Doktor kata kalau ada masalah jantung, barulah kita pergi ke langkah seterusnya iaitu pemeriksaan angiogram di mana, cateter akan dimasukkan ke dalam saluran jantung untuk melihat sekiranya terdapat blockage.

Syukur, hajat nak temankan abah gi hospital buat scan jantung tercapai.
Terima kasih pada cik abg sebab temankan kami, bawa kami pi hospital aritu.
Love you both till jannah!😍
Terima kasih pada cik abg sebab temankan kami, bawa kami pi hospital aritu.
Love you both till jannah!😍
semoga abah sis sihat yer...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur, jantung abah masih dalam keadaan baik. Moga abah terus sihat barokah doa di bulan Ramadhan. In Shaa Allah. Ameen.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. besar keberkatannya. Semoga ayah Anim sentiasa sihat hendaknya... aamiin.
ReplyDeletealhamdulillah semua baik2 je
ReplyDeleteAlhamdulillah Jantung Abah ok..lega kan..mak akak ni next kena pi jumpa doc lagi bulan 7..walau dh bedah dan jantung dh jadi macam jantung org muda kita sbg anak tetap risau kan..
ReplyDeleteSemoga semuanya sihat2 aja ye
ReplyDelete