Breaking

Tuesday, July 11, 2017

Kuasa menentukan hujan bukan dalam tangan manusia!


Assalamualaikum!


Setelah 2 minggu 'cuti raya', minggu lepas kami kembali ke sini. Walaupun, orang lain masih lagi dalam mood beraya dan beropen house sana sini, tapi kami dah rindu nak bercarboot semula!

Cuaca memang baik sebelah pagi. Tapi menjelang pukul 8, boleh nampak awan Kumulonimbus (CB) memenuhi ruang langit dengan kilat jelas kelihatan. Cuma tak dengar bunyi guruh je. Lama-kelamaan, angin bertiup kuat dan awan CB tadi semakin dekat dengan tempat kami.

Kelam kabut masing-masing mengemas barang masuk balik dalam kereta. Ada yang cabut balik pun ada. Aku ngan Pak Jelan memang dah ready nak hadapi kalau-kalau hujan turun. Berniaga terbuka macam ni, kami kena ada Plan B terutama bila cuaca tidak menentu. Takmo jadi macam sebelum-sebelum ni, habis basah beg-beg, baju kerana hujan lebat!




Memang awan tebal dan langit gelap, angin bertiup kencang seperti hampir nak hujan! Ada yang kemas balik barang niaga masuk dalam kereta dan balik. Aku cakap ngan Pak Jelan, hujan macam mana pun kita takkan balik ...haha! Sebab dah ada Plan B, kalau hujan turun pun kita tau nak buat macam mana, tak nak bagi barang basah. 

Alhamdulillah ... langit yang tadi mendung, angin yang tadi bertiup kencang rupanya hanya mengirimkan 'salam' pada kami. Tiada setitik hujan pun yang jatuh, dan langit jadi semakin cerah menjelang hampir pukul 9. Terus bukak balik plastik dan susun balik barang atas meja hehe.



Memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal, maka minggu lepas masih ada tapak-tapak kosong tidak berisi. Tapi sambutan tetap menggalakkan dari pengunjung baru dan tetap disitu. 




Langit kembali cerah dan pengunjung semakin banyak. Mana yang masih stay berniaga disitu memang rezeki diaorang la hari tu. Kali ni aku dapat jenjalan tengok gerai-gerai jualan yang lain. Jom tengok !














So, ada dua pengajaran yang boleh kita pelajari untuk episod minggu lepas. Pertama, mendung tak bererti hujan ...hehehe. Kedua, yakin pada rezeki Allah jangan cepat putus asa. 

Sekian.

4 comments:

  1. betul2, bak kata pepatah, jangan jadi seperti guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. maksud pepatah tak ada kaitan juga sebenarnya. haha

    ReplyDelete
  2. Betul tue , kuasa hujan bukan pada tangan kita, tapi semuanya yang maha esa tentukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.