Breaking

Thursday, August 17, 2017

Cegah sebelum parah!


Assalamualaikum!


Zaman sekarang ni, budak-budak dan gajet seperti kawan baik dah. Ibubapa yang tak bagi anak-anak main gajet ni berapa kerat je. Samada yang bagi atau tak bagi langsung, mesti ada alasan dan sebab mereka sendiri kan.

Kami sendiri pun dedahkan anak-anak pada gajet. Cuma diaorang takda la taksub main gajet atau mengadap game sampai teruk nak mengamuk tetak orang tua macam dalam video yang viral baru-baru ni. Seriau aku tengok video dia ... dah macam orang gila budak tu pegang parang kiri kanan nak katok atok dia. Tak ke giler namanya tu?? 

Yang pasti bukan salah budak tu semata-mata. Ianya bermula dari tangan yang memberi. Ibubapa dan penjagalah yang kena mainkan peranan penting. Kadang niat nak senangkan anak tu berhubung ngan kita melalui handphone dah betul, tapi bila kemudahan disalahguna dan bertukar menjadi 'kegilaan' ... beginilah pengakhirannya! Budak kalau dah leka bermain, memang dia takkan berhenti selagi puas!





Ya... mungkin gajet boleh menyenangkan hidup kita. Tapi ia juga boleh memecahbelahkan keluarga, memisahkan suami isteri, menjauhkan ibubapa dengan anak, kawan menjadi lawan, kejujuran bertukar menjadi kepura-puraan seandainya ia DISALAHGUNA. Dan sekarang ... kerana gajet, cucu nak katok atok pulak?? Allahuakbar ...




Terlalu mengikut kehendak anak-anak dan kebebasan melampau bukan tiket untuk kita menyatakan rasa sayang pada anak. Sebagai ibubapa, mungkin kisah ini boleh jadi satu pengajaran buat kita supaya cepat sedar dan berbuat sesuatu sebelum ia jadi lebih parah!



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.