Breaking

Tuesday, August 29, 2017

Jualan Merdeka di CBS Kota Damansara!


Assalamualaikum!


Port lepak kami sekeluarga setiap hujung minggu. Hari Ahad lepas, cuaca baik walaupun sebelah pagi sebelum Subuh hujan sedikit. Sepanjang pagi tu, hanya kelihatan awan Altokumulus (AC) di langit sambil ditemani bunyi jet pejuang yang sedang membuat formasi untuk sambutan ulangtahun kemerdekaan Khamis ni.





Mendung dan cerah adalah jenis cuaca yang diidamkan oleh peniaga dan pengunjung disini. Kalau terik sangat pun orang lari cari tempat berteduh. Kalau mendung (tak bererti nak hujan) angin tenang, orang akan mudah nak tengok dan membeli barang. 

Memandangkan minggu ni minggu gaji, maka kami cadang amik 2 tapak. Dua tapak bermaksud kena RM40 la. 


Dan sempena minggu merdeka sekali dengan sambutan raya aidiladha, kami buat sale sikit untuk selected item. Ada juga yang ambil peluang ni untuk shopping baju raya tau. Contohnya, baju kurung moden aku yang warna merah tu aku letak harga RM20, tapi hari tu aku jual RM15 je! Terus disambar laju oleh seorang akak ni, nak pakai tuk raya katanye hehe.

Peniaga-peniaga lain pun boleh tahan barang jualannya. Macam-macam koleksi korang boleh jumpa di sini. Pengumpul-pengumpul barangan antik dan lain-lain bolehlah datang sini 'cuci mata' setiap minggu.




















Oh ya, tidak terkecuali my kenit sorang ni. Dia pun dah jadi pengumpul sekarang ni. Apa dia kumpul? Nanti aku share dalam entri lain hehe. Hari tu dia nampak orang jual sapu tangan kecil, mentang-mentang dia ada simpanan duit belanja sekolah tujuh ringgit terus dia tarik tangan aku pergi situ. Sapu tangan kat umah dah lama hilang, bunian pinjam gamaknya. Bila beli yang baru mesti hilang! So, jumpa yang RM1 ni terus dia sambar 4 helai!



Tuan blog yang kemengantukan hehe


Kesimpulannya, carbootsale itu best!


2 comments:

  1. Perghh banyak jualan akk. Ena doakan murah rezeki akk dan keluarga akk. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ..aminn yarabbal alamin. Tq Ena :)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.