Assalamualaikum!
Dah 60 dah usia kemerdekaan negara kita yang tercinta. Apa kita buat untuk sambut merdeka? Budak-budak sekolah memang eksaited bab sambut-menyambut merdeka ni kan. Kat sekolah, ramai-ramai pegang bendera waktu perhimpunan dan nyanyi lagu merdeka sampai bergema dewan sekolah. Kalau sekolah menengah, murid-murid akan buat pentomen atau sajak atas pentas.
Bulan ni bukan saja kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 60, tapi insyaAllah kita bakal menyambut raya aidiladha esok. Cuti yang dinanti-nantikan oleh orang bandar sebab serentak dengan cuti raya aidiladha dan cuti sekolah. Jalan di KL pun tak jem macam selalu, sebab ramai yang ambil kesempatan pulang kek kampung masing-masing.
Tahniah buat Malaysia juga sebab berjaya capai sasaran 111 pingat emas malah lebih lagi dari tu! Walaupun ramai yang kecewa Malaysia gagal raih emas untuk final bola sepak malam kelmarin, tapi still kita juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhan. Kalah dan menang adat pertandingan, masih ada ruang dan peluang untuk kita perbaiki mutu permainan di masa akan datang.
Dan semalam juga PM umum Isnin 4hb September sebagai cuti peristiwa bagi Malaysia. Aku tak tengok tv pun, tapi cik abg yang bagitau hehe. Sambung cuti ... sapa tak mau weh hehe.
sambutan merdeka di opis
Tak kira dimana kita berada, setinggi mana kita menggapai langit, semahal mana pun pakaian yang kita pakai, jangan di lupa tanahair tempat kita dilahirkan. Tanamkan rasa cinta pada negara dalam hati anak-anak dan bukan kebencian. Negara tidak bersalah, tapi yang bertanggungjawab ke atas negara adalah rakyat dan pemimpinnya. Pemimpin bersilih ganti tapi negara Malaysia tetap selalu dihati.
Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke-60 Malaysia!💗
Tahniah buat Team Malaysia.. mmg satu pencapaian yg patut kita banggakan. Bagus juga dapat cuti tambahan.. mmg sesuai sgt dengan sambutan kemerdekaan, Aidiladha dan cuti sekolah. Salam Aidiladha buat Anim sekeluarga :)
ReplyDeleteselamat bercuti secara sihat
ReplyDelete