Assalamualaikum!
Benar kata orang, kalau kita dah suka dengan satu-satu benda tu kita akan jadi ketagih! Kalau tak buat atau tak dapat, mula la 'menggelupur' atau tak senang hati, setuju? Walaupun hasilnya belum dapat ditentukan tapi kerana minat yang mendalam, macam mana susah pun kita mesti akan buat jugak!
Begitulah jugak dengan aktiviti carboot ni. Sejak berkecimpung membantu Pak Jelan dalam aktiviti carbootsale ni, kami jadi makin bersemangat setiap minggu. Kalau dulu, hari Sabtu & Ahad hanya duduk dirumah, tapi sekarang dah dipenuhi dengan aktiviti jualan cbs.
Penat? Ya Allah, memang penat! Penat munggah barang, kemas barang. Tambah kalau hari sekejap hujan sekejap panas perghhh memang menduga kesabaran nak kemas balik, nak susun balik. Kudrat pun kena kuat walaupun sekadar angkat barang dan susun tepi kereta. Banyak lagi cabaran lain dalam berniaga, tapi alhamdulillah Allah masih kuatkan semangat dan kudrat kami untuk mencari sesuap nasi.
5 Sebab kenapa carbootsale (cbs) ni best!
Dari kecil lagi aku dah biasa ikut mak meniaga, tapi hanya bukak meja depan kedai runcit. Bezanya, masa tu aku meniaga nasi lemak dan kuih-muih tapi sekarang barangan bundle dan terpakai.
Best ke join cbs ni? Ishhh best laaa! Kalau tak best, takkan kami boleh bertahan sehingga sekarang? hehe. Bagi aku, walaupun konsep cbs ni menjual barangan terpakai/preloved/bundle tapi masih ada peminatnya tau!
1. Di cbs lah korang boleh jumpa barang rare atau rare collection yang orang sekarang dah tak gunakan lagi. Barang rare ni boleh jadi barang mainan masa kita kecil-kecil dulu atau lampu-lampu lama, seterika lama, barangan tembaga dan banyak lagi! Ada yang masih boleh digunakan, dan ada yang boleh dibuat sebagai koleksi peribadi. Heyyy, jangan ingat barang lama ni takda orang minat tau. Di cbs ni lah tempat yang sesuai untuk korang 'selam' barangan sebegini
2. Di cbs jugalah korang boleh dapat harga murah! Murah tu bermaksud berpatutan lah ye. Walaupun barangan terpakai, tapi bukanlah bermakna harga kena letak seringgit atau lima posen je! Orang kaya pun dah pandai 'menyelam' di cbs cari baju cari barang lama.
3. Kat cbs ni kita senang nak buat kawan. Tapi jangan sombong lah. Bila dah setiap minggu berjumpa dan tegur-menegur terus rasa seronok nak meniaga.
4. Masa kami memula start join cbs ni, kami jual barangan kami sendiri! So, yang bestnya cbs ni boleh clearkan barangan lama yang dah tak digunakan lagi hehe. Macam baju-baju baby ke, baju mengandung ke, tilam ke, buaian ke asalkan barangan tu semua masih elok dan boleh digunakan lagi. Kebanyakan yang join cbs ni pun banyak yang jual dari koleksi sendiri.
5. Opkos lah boleh buat menambah duit poket. Kalau yang ada family pun boleh join, korang yang masih bujang lagi senang nak bergerak kan. Dari takda benda nak dibuat hujung minggu, try la join cbs ni sekali jual barang sendiri. Boleh juga buat top up duit minyak motor ke, minyak kereta ke, top up phone ke kan hehe
Memanglah ada cabarannya. Meniaga pasar malam ke, meniaga warung ke, meniaga restoran ke mesti ada cabaran tersendiri. Nak tahu kita suka ke tidak, kita try la buat sekali.
Kalau ada minat untuk berniaga, jangan disia-siakan. Buatlah perniagaan yang diidamkan dan halal. Jangan menyusahkan orang dan jangan sesekali menipu .. ok!
best! IQ pun akui CBS ni best! seronok!
ReplyDeletebanyak kelebihannya dengan carboot sale ni , CCL selalu terjah jugak bila hujung minggu
ReplyDeletebest! Tiap bulan mesti pergi CBS sebab nak cari collection rare dengan shopping sekali.
ReplyDeletedari awal aida baca yg hanim berniaga carboot, aida memang setuju.
ReplyDeleteit is something interesting.
kat melaka ni yg best aida suka kat klebang.
happening.
and murah.
yes... and rare!!!