Breaking

Friday, September 08, 2017

Cara Perkahwinan Zaman Jahiliyyah


Assalamualaikum!


Sedikit perkongsian ilmu di hari Jumaat penuh barokah ini. Moga dengan perkongsian ini, kita dapat menambah ilmu yang sedia ada dan perbaiki cara hidup mengikut syariat Islam. 


gambar hiasan


Berminat nak tau cara orang zaman jahiliyyah berkahwin, sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw? Isteri baginda Nabi saw sendiri, ibu sekalian umat Islam, Sayyidatina A'isyah telah ceritakan pasal cara-cara umat jahiliyyah dulu berkahwin. 


[Sanad hadis] Telah berkata Yahya bin Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb dari Yunus -dalam riwayat lain- Dan Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Solih, telah menceritakan kepada kami Anbasah, telah menceritakan kepada kami Yunus dari Ibnu Syihab ia berkata; telah mengabarkan kepadaku Urwah bin Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi saw telah mengabarkan bahawa "Sesungguhnya pada masa Jahiliyah ada empat macam cara pernikahan:

1. Pertama, adalah pernikahan sebagaimana yang dilakukan orang-orang pada masa sekarang ini, iaitu seorang lelaki meminang kepada wali si wanita, kemudian memberikannya mahar lalu menikahinya. 

2. Kedua, seorang suami berkata kepada isterinya pada saat isterinya sedang suci (tidak haid), "Pergilah temui si Fulan (lelaki lain yang lebih elok darjat atau rupanya) dan bergaullah (bersetubuh) dengannya." Sementara si suami menjauhi isterinya itu sementara waktu (tidak menyetubuhinya) hingga benar-benar ia hamil dari hasil persetubuhannya dengan lelaki lain itu. 

Dan jika terbukti telah hamil, barulah si suami tadi menggauli isterinya bila-bila masa ia suka. Si suami melakukan hal itu, hanya untuk mendapatkan keturunan yang baik (dari segi darjat dan rupa). Istilah nikah ini adalah Nikah Al-Istibdlaa'

3. Kemudian yang ketiga, sekelompok orang lelaki (kurang dari sepuluh lelaki) menggauli seorang wanita (dalam satu masa atau selang masa yang singkat). Dan jika ternyata wanita itu hamil dan sudah melahirkan, maka setelah masa bersalinnya berlalu beberapa hari, wanita itu pun akan mengirimkan surat kepada semua lelaki tadi, dan tidak seorang pun yang boleh menolak. Hingga mereka semua pun berkumpul di tempat si wanita itu. 

Lalu wanita itu pun berkata, "Kamu semua telah tahu apa perbuatan kamu yang dulu. Dan aku telah melahirkannya, maka anak itu adalah anakmu wahai Fulan." Yakni, wanita itu memilih salah seorang dari mereka yang ia sukai, dan lelaki yang ditunjuk itu tidak boleh mengelak. 

4. Kemudian yang keempat; Orang ramai berkumpul, lalu menggauli seorang wanita, dan tak seorang pun yang dapat menolak bagi orang yang telah pernah menggauli wanita. Para wanita itu adalah wanita pelacur. Mereka meletakkan tanda pada pintu-pintu rumah mereka sebagai tanda, siapa yang ingin bersetubuh dengan mereka maka ia boleh masuk dan menggauli mereka (dengan bayaran). 

Dan ketika salah seorang dari mereka hamil, lalu melahirkan, maka mereka (semua lelaki itu) pun dikumpulkan, lalu dipanggilkanlah orang yang pandai selok belok nasab (Al Qafah), dan si Al Qafah inilah yang menyerahkan anak si wanita itu kepada orang yang dianggapnya sebagai bapanya, sehingga anak itu dipanggil sebagai anak darinya. Dan orang itu tidak boleh mengelak.

Maka ketika Nabi Muhammad saw diutus dengan membawa kebenaran, beliau pun menghapuskan segala bentuk pernikahan jahiliyah, kecuali pernikahan yang masih diamalkan oleh orang-orang hari ini (cara pertama)."

[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, no 5127]

Ini adalah salah satu dalil yang menunjukkan Nabi saw menghapuskan cara-cara perkahwinan jahiliyyah yang penuh dengan syubhah dan bermasalah. 3 cara yang dihapuskan itu bersifat tidak adil dan merosakkan akhlak, pemikiran, keturunan, wujud penindasan, dan menimbulkan kekeliruan/ketidak-puashatian pelbagai pihak.

Malangnya hari ini wujud sesetengah pihak cuba menghidupkan semula cara perkahwinan seperti ini, samada pihak atheist, atau mereka yang terpengaruh dengan gaya hidup dunia barat (yang bergaul bebas dan suka seks sebelum kahwin). Hadis ini juga mempunyai kaitan dengan hukum anak tidak sah taraf berbin/binti bapa biologinya.

Semoga kita, lebih-lebih lagi anak-anak kita dijauhkan dari malapetaka masalah sosial sebegini rupa.

kredit : SINI

2 comments:

  1. Teruk zaman jahiliah dulu... Tapi zaman sekarang macam nak kembali macam dulu juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.