Breaking

Monday, September 11, 2017

CBS KD | Rezeki selepas hujan


Assalamualaikum!


Minggu ni luar biasa penatnya! Ini kali pertama kami marathon cbs dua hari berturut-turut. Pendek kata, cuti Sabtu & Ahad dipenuhi dengan aktiviti bercarboot petang ke malam dan pagi ke tengahari. Penat memang penat, tapi pengalaman baru bercarboot di satu tempat ni membuatkan kami nak pergi lagi! Kat IG aku ada share sikit gambo pada hari kejadian. Tapi kat blog nanti aku cerita penuh ye.

Minggu ni aku mulakan dengan di Kota Damansara dulu. Cuaca dari pagi memang dah 'berat' hehe. KL mendung, bila sampai KD bertambah-tambah mendungnya. Tapak carboot minggu ni full house! Seawal jam 5 pagi dah penuh tapak depan, belakang, kiri dan kanan. Pak Jelan cakap yang mana datang lambat terpaksa kereta parking luar dan bawa barang niaga je masuk dalam tapak.


Langit gelap awal pagi


Kul 7 pagi tu dah dah turun rintik-rintik sekali, peniaga yang letak barang beralaskan kanvas atau tikar terpaksa kemas balik. Pastu hujan berhenti. Kul 8 pagi awan rendah (Stratus) dah berkumpul balik diselang-selikan dengan angin kuat. Ada peluang nak hujan lagi ni hehe. Akhirnya, hujan turun dengan lebat. Lebat selebatnya! Sampaikan ramai peniaga kemas barang dan keluar dari tapak untuk pulang. Pengunjung dan peniaga yang lain masih bertahan dan berteduh di bawah bangunan sementara menunggu hujan reda.


Jam 8.19pagi


Ramai gak peniaga yang decide balik terus disebabkan hujan 2 kali pagi tu. Yang mana dah faham dan biasa, akan bertahan dan tunggu sehingga hujan berhenti. Pengunjung pun tak balik terus sebab diaorang akan sambung 'menyelam' bila cuaca cerah kembali. Itulah nikmat rezeki Allah nak bagi pada hamba-hambaNya. Walau hujan macam mana pun, rezeki tetap ada untuk mereka yang bertahan. Lagi pun, bukan kami tak biasa meniaga dalam hujan ... kannn hehe.


Kul 9.18 pagi


Hampir 45 minit ke 1 jam, hujan pun berhenti. Dalam kul 9 pagi, yang mana masih ada di situ mula buka balik kedai masing-masing. Pengunjung pun dah mula ramai masa ni. Langit jangan cakapla, cerah balik baq hang!

Sementara menunggu Pak Jelan susun barang-barang niaga atas meja, kami tiga beranak gi jenjalan tengok keadaan peniaga lain di bahagian belakang. Sambil-sambil tu 'cuci mata' bawa dua orang anak dara tu  tengok barang. Kang kalau dah start meniaga, ibu tak nak dah gi sana sini ... huhu.



Mungkin kerana mereka orang baru atau merasakan hujan yang turun lebat seperti tiada harapan untuk meneruskan jualan, maka mereka ambil keputusan untuk pulang. Tapak yang full house pada mulanya, kini banyak yang kosong balik. Yang mana baru sampai lepas hujan berhenti dapat terus tapak kosong. Rezeki buat mereka yang masih bertahan ... kental!



Pengunjung mula ramai masuk tengok barang jualan.














Pukul 9 dan keatas pengunjung semakin ramai memenuhi tapak carbootsale. Alhamdulillah berbaloi bagi mereka yang setia menunggu walaupun hujan di awal pagi. Langit cerah tapi tidak panas terik membuatkan pengunjung senang melihat barangan dan peniaga ambil kesempatan ini untuk tutup kedai lambat. 

Berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh peniaga yang meniaga secara terbuka. Nak tak nak, kita perlu redha dengan percaturan dari Ilahi. Yang penting usaha, doa dan tawakaltuallallah, insyaAllah rezeki tetap ada untuk kita. Jangan sesekali marah pada hujan atau merungut penat kerana perlu alih barang 2-3 kali disebabkan hujan. Kerna hujan itu diciptakan Allah untuk kita, kalau kita marah tandanya kita marah pada takdir Allah. Siapa kita nak menghalang ketentuan Allah, betul tak!

So, syabas pada mereka yang setia menunggu dan alhamdulillah atas rezeki masing-masing. Korang memang kental!





Last but not least, gambar penghargaan untuk salah seorang pelanggan kami hari tu. Tergeliat lidah aku kecek kelate nga abe ni. Dio brehi ke bare tembago kito, akhirnyo dapat jugok ke dio haha! Timo kasih abe weh beli nga kito. "Masuk jabir slaluh!", ye oyak hehe. Mujur la abe kito pandai gak kecek kelate walau pong tak brapo nak pekat hehehe.

6 comments:

  1. Replies
    1. beg bundle ada, baju bundle ada, collection item ada hehe

      Delete
  2. kalau dah rezeki kan kak... kena sabar jer .. best tengok akak anak beranak berniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann dkna ... kena sabar banyak bila meniaga. InsyaAllah manisnya akan datang jua hehe.

      Delete
  3. meriahnya, macam macam barang ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.