Assalamualaikum!
Dua tiga hari ni langit nampak mendung je kan. Orang-orang tu dulu pernah berkata, langit mendung semacam ni tandanya ada 'orang besar' nak meninggal. Sejauh mana kebenarannya? Adakah sekadar kebetulan? Wallahualam ....
Ni dah masuk bulan Oktober, maknanya sekarang kita berada di fasa peralihan Monsun sebelum masuk ke musim tengkujuh bulan November nanti iaitu Monsun Timur Laut. So, dari sekarang kejadian hujan lebat dan ribut petir akan lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awal malam terutama di pantai barat di pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.
So, siap sedia dari sekarang deh. Kami pun ingat nak kena cari payung satu le bawa gi cbs. Payung D.I.Y yang dulu tu ada lagi, tapi payung tu kecik la pulak, tak boleh tutup semua. Apapun, pastikan anak-anak kita berada di tempat yang selamat. Jangan bagi main kat tepi laut atau mandi sungai terutama di waktu cuaca tak menentu seperti ini. Masuk bulan November nanti lagilah tak boleh nak hadap laut atau sungai.
Untuk dapatkan lebih info mengenai cuaca, korang boleh layari www.met.gov.my atau pergi je kt fb MMD. Kat situ diaorang selalu update pasal cuaca.
Alaa....monsun kembali lagi..kena bersiap sedia
ReplyDeleteyelah..sekarang ni pun macam dah start hujan kan...harap takdelah bencana buruk melanda
ReplyDeleteNasib baik la ofis dengan rumah dekat. Kalau balik time hujan pun tak la lama sangat kena redah hujan.
ReplyDeleteHahahaha.
Latest post: 5 Web Hosting Murah Malaysia 2017