Assalamualaikum!
Kami start carbootsale masa Pak Jelan ikut kawannya berniaga di Kota Damansara. Lepas tu, sikit-sikit kami tambah dengan barangan kami sendiri sehinggalah sekarang ni. Kami takda rujukan online waktu tu, apatah lagi nak bertanya kawan-kawan sebab takda yang involve secara tetap dalam dunia carboot ni.
Masa tu tempat yang kami tahu ialah CBS Kota Damansara, walaupun jauh dari rumah tapi disitulah kami bermula dan masih kekal sehingga ke hari ini. Sebenarnya, tak susah pun nak mulakan bisnes carbootsale ni tapi since ada yang bertanya, maka hari ini aku akan kongsikan serba sedikit guide tentang bagaimana nak start carbootsale.
Apa itu carboot?
First, korang kena faham apa itu maksud carboot dan konsepnya. Carboot bermaksud perniagaan yang dilakukan terus dari bonet kereta. Konsep carboot di Malaysia, kebanyakannya kena ada kereta masuk dalam tapak parking, buka bonet dan pamerkan barang jualan dari situ
Apa yang diperlukan untuk meniaga carboot?
Korang kena ada barang yang hendak dijual. Kena ingat, konsep carboot adalah menjual barangan terpakai, preloved, bundle, collectors item, vintage dan seangkatan dengannya. Barang baru dan makanan biasanya tidak sama sekali dibenarkan. So, kalau korang ada baju-baju lama, kasut-kasut lama, baju tunang yang dah dipakai lagi bolehlah bawa untuk jualan carboot. Tapi walaupun barangan terpakai, ia mestilah dalam kondisi yang baik. Jangan korang gi jual kain buruk pulak ye! haha.
Berapa kena bayar nak masuk carboot ni?
Yang tu korang kena ikut tempat. Sebab tu, korang kena survey online dan offline. Ada tapak bayarannya RM5, ada yang RM10, ada yang RM20. Setakat yang aku tahu, yuran bagi tapak CBS di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor hanya dalam lingkungan PERCUMA sehingga RM20. So, korang kena survey sendiri la ye.
Meniaga carboot kena ambil lesen dulu ke?
Tak. Meniaga carboot tak perlu apply lesen. Yang perlu apply ialah penganjur kepada carboot tu. Kita hanya bayar yuran tapak kepada penganjur sahaja.
Nak kena hubungi siapa?
Hubungi penganjur untuk booking tapak. Ada CBS yang tak perlu booking, terus walk-in sahaja. Ada yang perlu hubungi penganjur dan booking awal. Ikut tempat la ye, kalau penganjur kata tak perlu booking korang datang je la terus dengan barang jualan. Kena la baca info yang tertulis disitu. Baca dulu tau, jangan terus tanya soalan.
Kena datang pukul berapa seeloknya?
Ok, yang ni bergantung kepada waktu operasi CBS itu sendiri. Kalau di Kota Damansara waktu operasinya bermula jam 6.30am sehingga 11am. Tapi peniaga-peniaga akan datang seawal jam 2am untuk letak kereta mereka. Kalau yang datang dari jauh, mereka akan bertolak lebih awal untuk mengelakkan dari tak dapat tapak. Yang penting kena sampai di tapak awal. Kalau lambat, menangis la ko disitu! hehe.
Apa lagi tips-tips meniaga carboot ni ye?
Ramai yang tak berapa nak tahu tips macam mana nak meniaga carboot ni kan. Untuk mengetahui banyak lagi tips, korang boleh baca di SINI .
So itu jelah info yang mampu aku kongsikan dari pengalaman kami yang tak seberapa ni. Moga entri ini dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan yang diutarakan. Moga ia dapat membantu mereka memudahkan perjalanan untuk memulakan bisnes carboot. Selamat mencuba!
bagus idea cbs ni, hanim.
ReplyDeleteberi peluang kpd yg nak cuba2 berniaga.
org kata = test market.
sewa tapak yg minima.
brg2 yg rare. kecil2an...