Breaking

Tuesday, October 31, 2017

Program Bicara Ilmu Di Masjid Shah Alam


Assalamualaikum!


Ya Allah .. dimanakah kekuatanku untuk menatap blog ku ini haha. Ape le punya pemalas kebelakangan ni, hanya mampu satu hari satu entri je aku ni. Tu pun kalau ada cerita best nak dikongsi. Kalau takda ... aku nganga je la! hehe.

Hari ni last kakak exam. Mira dah habis semalam, dia punya happy la sebab sambung latihan untuk sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah nanti. Jadi dia dan kakaknya kena berlatih menari. Pastu dia dok peringat kat aku suh belikan crown atau tiara tuk dia pakai Jumaat ni. Haihh la anak ... maafkan lah keterlupaan ibu yang sokmo sokmo lupa ni huhu.




Anyway, minggu lepas aku berpeluang ke Program Bicara Ilmu anjuran Puspanita opis dan JAIS di Masjid Shah Alam. Sebenaqnya, aku bertugas sebagai AJK bahagian pendaftaran hari tu hehe. 



Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki


Slot pertama dimulakan dengan ceramah "Wanita Cemerlang Mengikut Pandangan Syarak" yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah. Masa ceramah beliau, aku masih di luar dewan menguruskan pendaftaran peserta yang baru sampai. Tapi dari perkongsian kawan-kawan yang biasa mendengar ceramah beliau sebelum ini, penyampaian ustazah best dan santai.



Ustaz Hafizzudin Kadir


Slot kedua pula diisi oleh Ustaz Hafizzudin dengan ceramah "Peribadi Mantop Rumahtangga Tip Top". Yang ni aku tengok dari awal sampai habis. Memang terhibur dan penuh dengan pengisian ilmu yang boleh diambil sebagai panduan dan pengajaran. 


Forum Bicara Ilmu


Selepas makan tengahari dan solat Zuhur, bermulanya Forum Bicara Ilmu bersama dua orang panel iaiatu Prof. Madya Dr. Mohd Nor Bin Mamat dan Ustazah Zawiah Binti Hassan membicarakan tentang "Keseimbangan Antara Kerjaya dan Pembinaan Keluarga Sakinah".

Banyak yang boleh dipelajari dari forum ini, antaranya Prof. mengatakan bahawa, give your priority, a priority yang bermaksud utamakan yang lebih utama dulu. Setiap wanita yang sudah berkahwin dan berkerjaya dalam masa yang sama perlu memberi keutamaan kepada keluarga tanpa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja.

Dalam masa yang sama, alangkah indahnya jika ada toleransi dalam perhubungan, dimana isteri yang penat seharian di pejabat tetap menjalankan tanggungjawab di rumah dan dibantu oleh suami. 




Alhamdulillah, seharian bersama Program Bicara Ilmu banyak memberikan input yang berguna dan baik untuk diamalkan bersama. Semoga kami dan kita semua dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti sebagai seorang isteri dan wanita berkerjaya, menyeimbangi tugas di rumah dan di pejabat disamping membantu suami mengukuhkan ekonomi keluarga....aaminn.


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.