Breaking

Thursday, October 19, 2017

Rombongan Sekolah Hazwani ke Hulu Dong, Raub


Assalamualaikum!



Minggu lepas dia ikut rombongan sekolah ke Pahang untuk program Kem Kesedaran Alam Sekitar anjuran MBPJ. Kem ini disponsor sepenuhnya oleh MBPJ dan merupakan kali pertama buat Hazwani menyertainya.

Keterujaan dia untuk menyertai rombongan sekolah bersama rakan-rakan dan cikgu menyebabkan anakku ini tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah hehe. Dua minggu sebelum nak pergi asyik tanya pasal beg baju mana nak bawa, sampai aku pun malas dah nak jawab.

Kami dimaklumkan, dua buah sekolah di PJ terpilih untuk program kem kesedaran ini dan yang bestnya Hazwani dan kawan-kawan dapat pergi ke Hulu Dong, Raub, Pahang! Wowwww ... ibu pun tak pernah sampai lagi ke sana huhu.






Ni kali pertama kakak ikut rombongan sekolah dan duduk jauh dari kami selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah Hazwani tak nangis (dia kata la) sepanjang tempoh tu dan kami pun di sini pun emosi masih stabil ketika tu hahaha! Cuma aku je la ...tertanya-tanya kakak tu buat ape la masa tu ye. Seronok ke dia ... sihat ke dia. Mujur lah cikgu yang ikut sekali rombongan tu sudi berkongsi gambar dan aktiviti mereka sepanjang mereka disana melalui WhatsApp.

Semua gambar ni adalah ihsan dari cikgu diaorang la. Mohon share ye cikgu untuk kenangan kami sekeluarga. Nak pergi entah bila la dapat jejaknya, biarlah anak yang merasa dulu hehe.




'Rafflesia Hunting', tapi belum berkembang sepenuhnya lagi


Sebelum diaorang berangkat kesana, tentatif mengenai acara dan aktiviti yang bakal berlangsung telah pun diedarkan untuk makluman ibubapa dan penjaga. So kami tahulah samada diaorang kena masuk hutan atau tidak. 

Faham-faham jela, bila ada aktiviti berkaitan dengan hutan ni banyak pantang larang dan perkara yang perlu kita sebagai ibubapa peringatkan pada anak. Adab dan kelakuan kena jaga apatah lagi tatkala berjalan masuk ke dalam hutan. Berjalan dalam kumpulan dan jangan bergurau senda dan membuat bising. 




Selain aktiviti masuk hutan dan melihat keindahan alam, diaorang juga ada buat LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Walaupun tak pasti LDK yang macam mana diaorang buat disana, tapi melalui kiriman gambar oleh cikgunya, aku yakin memang best lah!









Cantik sangat hasil kerja yang dihasilkan oleh mereka secara berkumpulan. Dah buat kena present kat depan pulak kan. Inilah masanya para pelajar memperlihatkan kemahiran mereka menyampaikan apa yang mereka lakukan. Terkenang zaman ibu dulu .... time presentation ni la yang ibu lomah sekali hehe. Sampai dah tua ni pun masih tak terlepas dari kena buat presentation kat depan pegawai-pegawai. Mujurlah benda tu dah solosai!

Diaorang bukan setakat masuk hutan je, tapi dapat mandi air sungai! Cuma gambarnya aku tak share la disini ye ehehe. Tapi kakak kata memang best lah datang kat Chalet Ulu Dong ni! Dah puas mandi sungai, diaorang sambung mandi kat kolam pulak ... fuh jeles i!


Hari terakhir di Ms Chemerkau Chekas Chalet Hulu Dong, Raub, Pahang


Sekejap je 3 hari berakhir. Tapi bagi ibu lama sangat tu huhu. Tapi ibu tahu Hazwani dah kawan-kawan takmo balik kan hehe. Siapa la tak suka datang kat tempat macam ni, aman, tenang, penuh dengan kehijauan. Buka je pintu dah nampak tasik, nampak rama-rama, nampak sungai. Semua tu payah nak dapat kat bandar kan. Tapi rezeki kakak la dapat pergi, kena pulak dengan cuti sekolah.




Tiga hari dua malam awak duduk sana, warna kulit pun nampak ketara lainnya dan suara pun jadi serak-serak, mungkin sebab cuaca panas dan awak kurang minum air masak. Happynya awak cerita macam-macam yang awak jumpa disana, tapi yang paling ibu geli hati bila awak tunjuk kesan gigitan pacat masa berjalan dalam hutan. Tapi awak tak nangis dan tak takut (cuma dia kata terkejut sebab benda tu melekat terus haha), dan cikgu cepat-cepat spray untuk bagi dia tanggal dari kulit awak. So proud of you dear!

Apapun, moga pengalaman berharga ini menjadi kenangan yang indah untuk awak kenang sampai bila-bila. 

3 comments:

  1. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  2. a great program ni, hanim.
    membuka minda anak-anak di satu suasana yg lain dari biasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.