Breaking

Tuesday, October 10, 2017

Seminar Jom Sihat, Cantik & Segak



Assalamualaikum!


Lama dah tak pergi kursus di luar pejabat. Bila sesekali dapat peluang begini seronok juga disamping untuk menambah ilmu. Apatah lagi kalau topik kursus tu kita suka dan bermanfaat untuk kita amalkan, dah tentu kita takmo ketinggalan kan.




Bagi aku, selagi kita berkerjaya rebutlah peluang untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Sebab bila kita dah tak berkerja besok, dah bersara aku pasti kita takkan ada masa untuk semua ini. Aku tak suka hanya terperuk di pejabat mengadap kertas-kertas kerja, sekali-sekala kita kena ada pengisian ilmu juga untuk kita kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jangan ingat bila kita dah bekerja, kita tak perlu nak pergi kursus atau dengar ceramah. Sangatlah rugi bagi orang yang tidak mahu minda dan hatinya diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Kita bukan handal dalam semua perkara. Bila kita belajar dari orang, kita boleh turunkan pula ilmu tu pada anak cucu kita. Atau pun kita boleh perbetulkan tanggapan yang salah.



Empat sekawan

Slot pertama adalah berkenaan dengan ruqyah atau rawatan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Halim Zakaria. Banyak yang aku pelajari dengan Ustaz tentang perubatan dan cara merawatnya. Turut dikongsikan doa-doa untuk kebah demam, doa untuk rawat sawan tangis bayi dan petua bagaimana untuk 'memagar' rumah dan diri cara Islam. 

Beliau turut mengongsikan pengalaman merawat orang yang dirasuk. Seriau gak tengok video-video yang beliau kongsikan, tapi itu yang best tengok kan hehe. Eh..terpanjang pulak aku celoteh hehe. Moh le tengok suasana kemeriahan peserta-peserta seminar disana pada hari tu. Ada gerai jualan disediakan di luar dewan untuk peserta. Memang rambang la haih ... hehe.

Ruang luar dewan

Jualan makanan frozen




Slot kedua adalah slot yang aku nantikan sebab ikon jamu yang dikenali ramai, bonda Rozita Ibrahim tampil di atas pentas untuk berkongsi tentang pengalaman hidup beliau dan bagaimana beliau terlibat dengan perusahaan Sendau Tinggi dan penubuhan Jamu Ratu Malaya.

Banyak petua dan tips yang beliau kongsikan. Ada masa nanti aku cerita di entri lain ya. Pendek kata, seronok dan puas hati dengan perkongsian bonda. 



Last sekali, kami ambil peluang untuk bergambar dengan bonda tapi disebabkan bonda ramai sangat peminatnya maka kami terpaksa 'berebut' sikit la hehe. Peminat bonda ramai dikalangan pengguna produk JRM sendiri dan mereka bertemu bonda kerana ingin berterima kasih kerana menghasilkan produk semulajadi yang serasi dan berkesan.

Aku tak tipu ... memang payah nak berdiri sebelah bonda sebab beliau diapit rapat oleh peminat-peminatnya. Mujur lah aku tinggi sikit dari diaorang, so aku pegang kamera dari jauh je la hahaha!


Muka bonda tak nampak pulak haha!

Bonda tak pandang kameraaaaa 😭

Hahahaha ...jadiklaaaaa!

Kami sebelum balik


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.