Assalamualaikum!
Sambutannya bulan lepas tapi baru sekarang ibu nak cerita ye! Aku tak ingat pulak zaman sekolah dulu ada buat sambutan penutup kemerdekaan di sekolah. Tapi sekarang di sekolah rendah memang wajib buat sebagai salah satu aktiviti bulan kemerdekaan.
Tahun ni lain sikit dari tahun sebelumnya, sebab diaorang nak pakaian yang ada bendera Malaysia. Memang ramai parents yang amik inisiatif untuk jahit bendera jadi baju la, jubah la, skirt labuh la. Kreatif sangat ibubapa sekarang ni ye, syabas! Tapi ibu awak ni memang la takda inisiatif nak buat tu semua sebab maleh! haha. Maafkan ibu ye anak-anak!
Tapi bila Mira kata, pakai shawl dari bendera pun boleh bu, terus aku jadi macam ... oh ok! So, dipendekkan cerita malam tu kita gi My One Shop beli bendera dan balik umah try pakai kat Mira.
Yang kakaknya pulak dah ada baju tshirt Merdeka cikgu sediakan. So, ibu tak risau pasal kakak. Esok pagi bersiap, my kenit Mira tu dah siap bertudung dan duduk di sofa ...
Memula ibu salah beli bendera, terbeli saiz yang paling besar. Mira dah warning kata ni bukan saiznya tapi ibu punya degil belikan jugak la sebab fikir nanti pakai shawl tu biar labuh elok tutup depan belakang. Balik umah try pakai tengok ... adehhhh habis terlondeh kain bendera sampai ke tepi bahu haha. Terpaksa ayah ngan Mira pulak pergi balik ke kedai tukar dengan saiz kecik sikit. Barulah ok elok cantik terletak je macam tu 👆
Hadiah Mira
Yang paling best kat budak-budak ni dah tentu bila dapat hadiah kan. Mira dapat tempat kedua dalam pantun, kakak pun menang tapi ib dah lupa kategori ape hahaha!
Bersemangat anak-anak sambut di sekolah. Di sekolah aje lah awak dapat merasa kemeriahan sambutan ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, nanti kita buat baju jubah atau dress dengan bendera pulak!
Sekarang ni ada majlis sambutan bulan kemerdekaan sekali ngan penutup dan di sambut meriah kan..zaman kita dulu mana ada...
ReplyDeletehai hanim. lama aida tak jejak sini :)
ReplyDeletewow! kretif la tu shawl bendera.
tak terfikir aida gitu.