Assalamualaikum!
Syukur alhamdulillah, tempahan Simpul Kasih Razhani masih mendapat tempat di hati pelanggan. Terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi menempah simpul kasih dengan kami. Rata-rata pelanggan kami adalah repeat customer atau yang pernah tempah dengan kami sebelum ni. Apapun terima kasih ya!
Tapi ada satu permasalahan yang selalu membelenggu kami sebagai pengusaha simpul kasih kecil-kecilan. Rasa serba salah bila permintaan pelanggan tak dapat kita penuhi. Terutama bila pelanggan tu sebut perkataan "mengidam"! Adehh ...! Kalau boleh setiap permintaan pelanggan tu ingin kami tunaikan. Kalau dia nak minggu ni, minggu ni jugak kami siapkan.
Tapi macam pernah kami katakan dulu, tempahan simpul kasih kami bergantung pada permintaan. Makanya, kami belum ada lagi simpul kasih yang ready stock punya. Semuanya dibuat jika ada permintaan. Maknanya, kami menekankan simpul kasih yang fresh (baru dibuat) buat pelanggan kami.
Sebab itu, kami hadkan penghasilan simpul kasih kepada 5kg seminggu supaya kami dapat penuhi kehendak pelanggan. Kalau yang mengidam dan nakkan segera, kami minta maaf kerana tak dapat penuhi permintaan itu buat masa ini kerana kami perlu ikut giliran siapa yang order dulu. Jika minggu tersebut sudah penuh, maka tempahan baru akan dibawa ke minggu seterusnya.
Terima kasih sekali lagi pada yang telah dan masih memberi sokongan terhadap simpul kasih kami. Simpul Kasih Razhani bukan sahaja sesuai untuk dihidang di sebarang majlis perayaan dan keraian, tapi ia juga sesuai dihidang untuk tetamu yang datang ke rumah, juga sebagai buah tangan untuk yang tersayang.
Sekiranya ada yang ingin membuat tempahan Simpul Kasih Razhani, bolehlah WhatsApp kami dengan segera.
Simpul Kasih Razhani
HARGA BARU SIMPUL KASIH RAZHANI >>> KLIK SINI
WhatsApp : 019-2514574/010-5673525
No comments:
Post a Comment