Breaking

Thursday, November 30, 2017

Thursday, November 30, 2017

Teringin sangat nak buat macam ni!


Assalamualaikum!


Memang aku dah lama benor teringin nak buat macam ni. Mana-mana pemilik kereta yang suka parking macam haremmmmm, menyusahkan pengguna lain memang perlu ditegur tapi bila dah sampai tahap tegur pun tak jalan haaaa inilah ubeknyo!

Situasi macam ni memang biasa la kan. Mana-mana kita pergi pun ada je benda macam ni berlaku. Kadang kita dah fikir tuk orang lain, tapi orang lain tak fikir sama untuk kita. Dia parking ikut sedap hempedu dia je, pahit kita yang dapat! Itu pun dah cukup berlapik ayat dia bagi, 'CANTIK PARKING'. Kalau ikutkan geram mau aje spraykan kat body kereta tu, 'OTAK KAT MANA?' huhu.


Wednesday, November 29, 2017

Wednesday, November 29, 2017

Usia dah 35, perlukah aku merungut lagi?


Assalamualaikum!


Happy belated birthday dah to meeee! Sepatutnya entri birthday kena la buat pada tarikh birthday ye dak, tapi semalam dah ada satu entri kat blog, so kita kasi peluang up hari ni ye hehe. Tarikh 28 November adalah tarikh penting seumur hidupku, dan hari ini usiaku telah menginjak ke satu lagi anak tangga.

Alhamdulillah syukur kerana aku masih berpeluang bangun pagi dan mengucapkan betapa syukurnya aku diatas segala peluang yang Allah berikan. Nikmat mana lagi yang harus aku nafikan? 

Tuesday, November 28, 2017

Tuesday, November 28, 2017

Ada Apa Di Flea Market Amcorp Mall Setiap Ahad?


Assalamualaikum!

Agak lama jugak kami tak beraksi di cbs. Jadi bila berkunjung ke Flea Market di Amcorp Mall ni terubat la sikit rasa kerinduan tu.

Kebetulan aku ada kerja sikit di opis minggu lepas. Dah setel kerja, aku bawa kakak dan adik jenjalan di Flea Market Amcorp Mall. Flea Market disini beroperasi setiap Sabtu & Ahad, tapi Ahad paling ramai pengunjung!


Monday, November 27, 2017

Monday, November 27, 2017

Filem lain tak boleh lawan Paranormal Activity!


Assalamualaikum!


Aku adalah salah seorang peminat filem-filem seram. Tapi aku selalu ketinggalan 'keretapi', orang lain dah setahun tengok filem tu, aku baru nak cari di internet. Aku lebih suka tengok secara online berbanding di panggung wayang. Kalau ada filem seram tayang kat tv, anak-anak memang tak suka tengok terutama Mira hehe. Berbuih mulut aku cakap, itu sekadar lakonan je bukan darah betul-betul pun! Tapi budak-budak biasa la ... macam kita dulu jugak kan hehe. Sebab tu, kalau aku nak tengok filem seram aku akan bagitau diaorang yang ibu nak tengok cerita seram ni! Berterabur masing-masing lari masuk bilik ... hahaha! Main masak-masak lagi best katanya! 

Baru-baru ni, aku tertengok cerita Paranormal Activity tayang kat tv. Huiii .... boleh tahan seram woo! Padahal cerita dia cuma berkisarkan rakaman video yang dibuat dalam rumah. Mira ngan kakak pun ikut sama tengok sekali huhu. Natijahnya, nak pergi tandas pun suh berteman!



Friday, November 24, 2017

Friday, November 24, 2017

Cepatnya masa berlalu!


Assalamualaikum!


Semalam adalah hari pengumuman keputusan UPSR. Tahniah kepada semua pelajar darjah 6 yang telah menerima keputusan semalam. Tak kisahlah apapun keputusannya, sentiasa ingat perjalanan kamu masih jauh, masih boleh diperbaiki. Janganlah mudah putus asa ok. Kamu masih boleh pergi tingkatan 1 dan buktikan yang kamu boleh buat lebih baik dari yang sekarang.

Bila kakak tanya aku dulu UPSR dapat berapa A? Telan ailio ibu nak jawab ... nak tipu ke idok haha! Ishh takdela aku nak nipu ... terus terang aku cakap "3B 1 C"! Memang atok agak marah masa tu, tapi kena redho la kan. Sekurang-kurangnya, aku masih menunjukkan minat untuk sambung belajar ke tingkatan 1. Kalau aku cakap taknak sekolah waktu tu, mau atok kasi kawin awal-awal hahaha! 

Hurmm ... semalam gambar ni lalu kat timeline aku. Comel sungguh kakak waktu ni. Umur baru 5 tahun katakan ... inesen je muka tu. Ikut je apa ibu ayah cakap. Ibu rindu sangat waktu kamu kecil kakak ... sebab ibu merasakan ibu tak cukup spend time dengan kamu dulu 😭

Thursday, November 23, 2017

Thursday, November 23, 2017

Perbankan Internet Yang Lembap Bukan Bank Pilihan Saya!


Assalamualaikum!


Hari gaji sepatutnya jadi hari paling indah, tapi keindahan itu telah dicemari dengan kelembapan teknologi yang sepatutnya tidak berlaku keatas sebuah institusi perbankan yang telah beroperasi berpuluh-puluh tahun!

Dari pagi tadi sampai ke saat aku menaip ni, perbankan internet irakyat.com.my masih tidak dapat diakses! Arghhhhhh .... apekeheinye kamu ha?! Bank lain takda masalah pun nak akses time hari gaji, bakpenye kamu ni teruk bebenor dari pagi tadi sampai sekarang asyikkkkkkkkkk 'This page isn't working'!


Wednesday, November 22, 2017

Wednesday, November 22, 2017

Hari Anugerah Cemerlang 2017


Assalamualaikum!


Walaupun anak-anak ibu belum layak lagi untuk menduduki UPSR, tapi bila mengetahui keputusannya bakal diumum esok, ibu pun ikut sama jadi berdebar. Apapun keputusannya, moga semua ibubapa dan murid yang terlibat dengan UPSR diberikan ketenangan saat menerima slip peperiksaan. 

Bukan mudah untuk maintain keputusan cemerlang setiap tahun. Pembelajaran sekarang makin lama makin mencabar. Bukan saja mencabar untuk anak-anak, tapi untuk ibubapa juga. Kakak dan Mira pun ada 'pasang' dan 'surut' diaorang, sebab itu kami tidak meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak untuk score semua A. Cukuplah mereka faham dan perbaiki kelemahan masing-masing. Tapi kalau cemerlang, itu adalah bonus buat mereka dan kami sebagai ibubapa tumpang gembira.

Minggu lepas adalah hari anugerah cemerlang di sekolah diaorang. Alhamdulillah, tahun ini mereka berdua diberikan peluang sekali lagi untuk naik ke pentas menerima sijil cemerlang. Ibu ayah ucapkan tahniah pada kakak dan adik. Semuanya atas usaha kamu sendiri dan juga didikan cikgu. Tanpa cikgu, kamu mungkin takkan berada di atas pentas hari ini. Hormatilah cikgu walau dimana kamu berada. Pantang ibu kalau anak-anak kurang ajar dengan cikgu. 


Tuesday, November 21, 2017

Tuesday, November 21, 2017

Raikan Hari Kanak-Kanak Bersama AirAsia & Kidzania Kuala Lumpur!


Asaslamualaikum!


Happy Children's Day to all the kiddos! Baru-baru ni aku berkesempatan membawa dua orang puteriku ke KidZania Kuala Lumpur untuk bersama-sama AirAsia meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa. Sepanjang satu hari disana, banyak aktiviti dan program menarik serta menyeronokkan disediakan untuk kanak-kanak yang hadir bagi memberi peluang mereka untuk bersinar dan menjadi Allstar, gelaran yang diberikan oleh AirAsia untuk semua stafnya.


Monday, November 20, 2017

Monday, November 20, 2017

Sambutan Hari Kanak-kanak 2017


Assalamualaikum!


Dah habis exam akhir tahun, tibalah masanya untuk bergembira! hehe. Tiga minggu sebelum tu Mira dah book nak pakai crown untuk Hari Kanak-kanak nanti. Mujurlah hari tu ada ternampak crown kat kedai My One Shop (dulu Mei Meei), ha gigih la ibu ngan ayah awak membelinya. Kakak pulak masuk persembahan pentas tapi pakaiannya hanya tshirt dan seluar PJ.

Hari Kanak-kanak secara rasminya disambut pada hari ini, 20hb November setiap tahun tapi sambutan di sekolah telah pun dibuat lebih awal. Haaa seronok tengok murid-murid semua diraikan dengan pelbagai aktiviti dan permainan. 



Puas lah tu dapat pakai crown

Friday, November 17, 2017

Friday, November 17, 2017

Aktiviti Pra Cuti Sekolah


Assalamualaikum!


Lagi seminggu je lagi nak cuti sekolah, memang tak sabar rasanya nak cuti panjang kan hehe. Seperti orang dewasa, kanak-kanak pun ada stres. Apa yang mereka streskan pun kita tak tau haha. Biasanya mestilah stres disebabkan hal-hal sekolah, kawan-kawan, cikgu garang dan paling nyata .... peperiksaan! hehe. Tapi berlainan sikit dengan Wani & Mira, diaorang lebih stres kepada kawan-kawan di sekolah hehe. Tang exam diaorang takda pulak mengadu, tapi tang kawan tu hampir tiap-tiap minggu gak la aku terima aduan dari diaorang haha.

Thursday, November 16, 2017

Wednesday, November 15, 2017

Wednesday, November 15, 2017

Kidzania Kidz Vs Food 2.0 Kembali!


Assalamualaikum!


Zaman dulu, mak-mak kita tak bagi kita masuk dapur tolong diaorang masak, betul tak? Duduk kejap nak tengok pun diaorang akan suruh kita pergi ruang tamu tengok citer kartun atau main anak patung hehe. Tapi zaman sekarang ni, ibu-ibu sudah mula memberi peluang kepada anak-anak untuk bersama-sama didapur memasak. 

Dua-dua anakku perempuan dan sebagai ibu, aku sangat menggalakkan diaorang masuk dapur.  Setiap kali aku masuk dapur nak memasak, dia dua beradik akan berebut offer nak tolong potong itu ini, basuh beras dan lain-lain lagi. Untuk permulaan, mereka diajar untuk buat benda yang senang-senang dulu macam  basuh beras, basuh sayur, kopek kulit telur rebus, dan pukul telur. Lama-kelamaan bila Wani dah cekap sikit, aku akan ajar dia cara potong fishball. Potong fishball pun bukan guna pisau tajam tu, tapi gantikan dengan pengupas kulit kentang hehe. Tapi itu kira ok la kan, dia pun seronok nak tolong lagi.



Majlis pelancaran diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh En. Shahrul Nizar Ahmad bersama rakan-rakan industri yang terlibat dalam program 'Kidz vs Food 2.0'


Memasak bersama anak-anak boleh menjadi aktiviti yang menggembirakan! Untuk itu, Kidzania Kuala Lumpur telah melancarkan program kegemaran ramai, 'Kidz vs Food 2.0' dari 25 November hingga 31 Disember 2017, dengan lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah ini!

Penganjuran kali kedua ini, Kidzania berhasrat untuk memupuk minat memasak di kalangan kanak-kanak dan menjadikan ia sebagai satu kemahiran hidup asas, serta memberi mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan kepada ibubapa.


Sharul Nizar Ahmad, Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur


"Kali ini, terdapat beberapa kelainan dalam 'Kidz vs Food 2.0' - kanak-kanak bukan sekadar akan mempelajari cara memasak hidangan ringkas, malah mereka akan turut menyediakan hidangan untuk ibubapa mereka. Menerusi aktiviti ini, mereka akan memahami bahawa setiap makanan yang dihidangkan sebenarnya memerlukan usaha yang gigih untuk memastikan ia dapat disajikan dengan sempurna," kata Sharul Nizar Ahmad, Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur.

"'Kidz vs Food 2.0' diperkenalkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri keseronokan memasak, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Kanak-kanak boleh cuba memasak sendiri resepi-resepi mudah dalam sesi Pop-up Kitchen kami. Menerusi resepi yang  mudah dan ringkas ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk menyediakan hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga. Para tenaga pengajar akan berkongsi tips dan idea masakan, contohnya hidangan yang boleh disediakan untuk keluarga ketika majlis istimewa, atau cara mennghias hidangan ringkas agar ia kelihatan lebih lazat! Bukan itu saja, dengan menerapkan elemen menyeronokkan dalam makanan seperti melalui sesi Food Art dan Food Science, kanak-kanak akan lebih berminat dan teruja untuk menunjukkan kemahiran memasak kepada ibubapa mereka."

Pelancaran program 'Kidz vs Food 2.0' turut diserikan lagi dengan penyertaan rakan-rakan industri seperti Young Chefs Academy (YCA), SHARP, Canon, F&N dan Lifebuoy yang menyokong usaha tersebut.





Menerusi Cooking Workshop yang diadakan pada hujung minggu, chef-chef profesional daripada Young Chefs Academy akan berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang masakan dengan berkongsi resepi pencuci mulut dan savuri bersama peserta. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan ‘KidZ vs Food 2.0’ dan bakal memenangi baucar kelas memasak di Young Chefs Academy yang memberi mereka peluang untuk mempelajari lebih banyak tips hidangan ringkas dan sihat di sekolah memasak untuk kanak-kanak tersebut.

Chef Brian menunjukkan demo cara memasak bubur kacang
dengan dibantu oleh Kidzania KL Congrezz Member, adik Sophia Zara


“Program seperti ‘KidZ vs Food 2.0’ adalah cara terbaik untuk menarik minat kanak-kanak,” kata Chef Selebriti, Brian Chen dan Pengasas Young Chefs Academy. “Kanak-kanak akan berasa lebih teruja untuk memasak apabila mereka mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan. Mereka perlu dididik tentang asal usul bahan makanan, cara ia terhasil dan bagaimana ia dihasilkan sebelum dijual di pasaraya. Ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk menerokai dunia makanan.”

“Untuk permulaan, kongsikan hidangan yang ringkas serta yang digemari oleh kanak-kanak. Saya pasti mereka akan berasa bangga dengan hasil air tangan sendiri dan seterusnya menjadi lebih berminat untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis bahan untuk mencipta hidangan mereka sendiri,” tambah Chef Brian. 

KidZ vs Food 2.0’ akan menampilkan 4 segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop. Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak akan mempelajari aspek-aspek berbeza dalam penyediaan makanan melalui panduan-panduan mudah dan penggunaan peralatan dapur. Mereka akan mempelajari tentang adab ketika makan, mencuba eksperimen sains serta memperoleh tips dan nasihat daripada chef-chef profesional. Setiap aktiviti menjanjikan pengalaman sukar dilupakan untuk kanak-kanak dan ibu bapa.

SECTION 1: DAILY FUN COOKING SESSIONS, 10.00am-5.00pm

         Pop-up Kitchen held at TV Studio: hands-on cooking sessions, where children will learn simple recipes from different cultures and also about basic table settings and dining etiquette.
           Food Art held at Event Space: gets kids to think creatively while learning to decorate and present their food in different ways.
           Food Science held outside of Bananana! Theatre: introduces kids to the different properties of food, from flavours and textures to its chemical qualities, turning ingredients into materials for science experiments!
25 November – 8 December
Pop-up Kitchen
Pizza-Making
Create signature pizzas using everything from meat to vegetables
Food Art
Funny Face Toast Treat
Have fun preparing a healthy and cool-looking breakfast treat
Food Science
Ice Cream Malaysia
Experiment with different textures and flavours to come up with a unique version of "Ice Cream Malaysia"
9 December – 22 December
Pop-up Kitchen
Banana Fritters
Learn how to make some mouth-watering ‘pisang goreng’ this school holidays
Food Art
Marshmallow Pops
Create marshmallow art with a variety of sprinkles, chocolates and pretzel sticks, just in time for Christmas
Food Science
Cookie Space Activity
Find out more about how or why the moon seems to be changing shape at the yummy cookie space activity
23 December – 31 December
Pop-up Kitchen
Apple Pie
Come watch this delightful demonstration to make warm, delicious apple pies
Food Art
Colourful Chocolate Sticks
Personalize chocolate masterpieces for your parents
Food Science
Taste-Testing Challenge
Take part in a simple experiment to find out what gives us the ability to experience different flavours

SECTION 2: WEEKEND COOKING WORKSHOPS HOSTED
BY YOUNG CHEFS ACADEMY, 2.00pm to 3.00pm
Held at TV Studio
Cooking Workshops introduce kids to the professional world of food, with professional chefs from the Young Chefs Academy sharing their knowledge and experience.
25 & 26 November - Roti Jala with Chicken Curry
Learn how to prepare one of Malaysians’ most popular tea time snacks!
2 & 3 December - Fresh Egg Noodles in Vegetable Soup
Make a bowl of fresh egg noodles in vegetable soup during this weekend's parent-child cooking workshop and learn all about eating healthily.
9 & 10 December - Baked Chicken and Chicken Samosa
At this workshop, learn to cook as a team to create an interesting East-meets-West dish.
16 & 17 December - Bubur Cha Cha
Learn more about Malaysia’s culture by cooking a bowl of warm, sweet traditional Bubur Cha Cha.
23 & 24 December - Ginger Bread House Decorating Competition
To celebrate Christmas, parent-child teams can showcase their creativity in decorating a gingerbread house to win a cooking session at Young Chefs Academy.
30 & 31 December - Mini Pandan Gula Melaka Surprise Cake
Bake a delightful cake to welcome in the new year with well-loved local ingredients.

SECTION 3: CONTEST HIGHLIGHTS
Online Essay Contest (for kids only) – From now until 24 November, kids are invited to share a story on their personal home-cooked meal experience, be it about their very own unique family recipe or about their favourite dish. Essays can be submitted on KidZania Kuala Lumpur’s official Facebook page or email to: contact@kidzania.com.my. The winners will then be announced on Facebook and will receive complimentary KidZania Kuala Lumpur tickets and cooking class vouchers from Young Chefs Academy.
Parent-Kid Food Photography Contest (for kids and parents) – Participants will have to first register at the CANON Imaging Studio at KidZania Kuala Lumpur to enter this contest. The teams are then tasked to capture creative photos of the dishes they have personally decorated and set up for the photoshoot. Entries will be posted and voted on KidZania Kuala Lumpur’s Official Facebook page. The top three (3) most interesting and most “liked” food shots will win prizes worth more than RM1, 000 sponsored by KidZania Kuala Lumpur and CANON! 
Teh Tarik Challenge (for adults / parents only) – parents can have fun showing off awesome ‘pulling’ skills to stand a chance to win KidZania Kuala Lumpur tickets, vouchers and merchandise by F&N and Fish & Co. This challenge happens every weekend at the TV Studio between 4.00pm – 5.00pm.


Jangan Lepaskan Peluang Menangi Hadiah Menarik!
Di samping aktiviti-aktiviti menyeronokkan, keluarga juga boleh menyertai pertandingan menarik seperti :

  • Kanak-kanak boleh berkongsi kisah mereka tentang hidangan yang dimasak di rumah menerusi Online Essay Contest; pemenang akan menerima tiket daripada KidZania dan baucar kelas masakan daripada Young Chefs Academy!
  • Tunjukkan kemahiran fotografi makanan dalam Parent-Kid Food Photography Contest - peserta perlu menghias makanan, merakam gambar kreatif dan memaparkannya di laman rasmi Facebook KidZania Kuala Lumpur. Tiga gambar terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM1, 000 termasuklah barangan daripada CANON dan KidZania! 
  • Ibu bapa juga boleh mengambil bahagian dalam Teh Tarik Challenge yang akan diadakan pada setiap hujung minggu. Mereka berpeluang menunjukkan skil “menarik teh” mereka serta memenangi baucar dan barangan daripada  F&N dan Fish & Co, serta tiket daripada KidZania! 

Ada lagiiiii .....

Pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket Kidzania dengan menggunakan kod promo 'FOOD17'. Promosi istimewa untuk waktu terhad ini hanya sah untuk pembelian dalam talian bermula dari 11 November sehinnga 24 November 2017 dan tarikh melawat adalah sah dari 25 November sehingga 31 Disember 2017

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti 'Kidz vs Food 2.0' dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari :

Tel : 1300 88 KIDZ (5439)

Tuesday, November 14, 2017

Tuesday, November 14, 2017

Kita masih ada harapan!


Assalamualaikum!


Ok, this is going to be a short entry for today. Dalam perjalanan aku dan Mira ke PJ menaiki LRT, kami menyaksikan pemandangan yang cukup indah! Pemandangan indah dalam LRT yang kami naiki. Indah bukan bermaksud dalam LRT tu ada haruman bau pokok bunga atau desiran air terjun yang mengalir. Tapi pemandangan indah yang aku maksudkan adalah ... rasa timbangrasa dan keprihatinan rakyat Malaysia!

Kami dua beranak je tadi, sebab kakak kena pergi sekolah untuk latihan hari Anugerah Cemerlang dan Mira 'dicutikan'. Setibanya kami di stesen Dang Wangi, pasangan Cina suami isteri dan cucu (barangkali) mereka masuk ke dalam LRT. Tiada tempat duduk yang kosong tersedia masa tu, kerana ramai orang. Dan secara spontan kami berdua bangun untuk memberikan tempat kami kepada pasangan tu.


gambar hiasan

Monday, November 13, 2017

Monday, November 13, 2017

Dear my daughter, you have something I dont


Assalamualaikum!


Through out this 10 years of your life with us, you have shown tremendously unbelievable talents that we as parents couldn't even thought that our children would have! As our first born, you developed skills faster than your age and you love to explore new things or do it yourself to show what you can do.

I still remember your darjah 3 class teacher, Mr. Raj said to me during the Report Card Day in the Dewan Zamrud, "Hazwani ... dia sangat cepat dalam kelas. Homework dia dah siap tapi murid lain belum lagi. Dia siap request kat saya ada lagi homework tak sir, saya boring la", and we both burst into laugh. Can't believe you actually said that hahaha! Yes... you get bored easily especially when you are done with something while others still not. That's why your teacher had to give extra homework to keep you busy in the class. I remember when you came home and complained to me that there's a girl in your class who could'nt keep up in mengaji. You and your friends had finished the page while she still on the same page and ustazah will not turn to the new one until everyone has finished. So you said it was boring to wait for her. But I said that you must give her time and teach her so that she could catch up with you guys. We never leave friends behind ok.

Speaking of the topic, there's something in you that always amazes me and your father. Everytime you built/drew/wrote something, you'd come to us and show your work of art and we'd like ... wowwww! That is so beautiful sayang! Then, recently you showed us something that you made yourself. First of all, drawing is one of the skills that we (me and your father) didn't really enjoy during our childhood ... hahaha! Just to be true, I hate drawings. I hate it because I'm not good at it, especially when it comes to drawing human. I used to draw orang lidi for Pendidikan Seni and I hated it lol. 



Saturday, November 11, 2017

Saturday, November 11, 2017

Monsun Timur Laut Bermula!


Assalamualaikum!


Dah memasuki November bermakna musim tengkujuh bakal tiba. Bagi yang dah faham pattern cuaca negara kita, Monsun Timur Laut bermula November sehingga Mac setiap tahun. Bulan Oktober merupakan monsun peralihan dan bermula minggu hadapan kita akan mengalami episod cuaca hujan lebat di kebanyakan negeri di seluruh negara.

Itu bermakna kita semua kena sentiasa alert dengan perubahan cuaca yang berlaku di tempat kita. Kejadian banjir kilat boleh berlaku dimana-mana dan kita semua kena elakkan dari berada di tempat yang mudah dinaiki air. Dan please, sentiasa 'dekatkan' diri anda dengan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengetahui sebarang info mengenai cuaca di kawasan anda.


Friday, November 10, 2017

Friday, November 10, 2017

Belanja & Tebus Barangan Eksklusif HAPPIPLAYGROUND Di Watsons Sempena HappiGoHoliday!


Assalamualaikum!


Cuti sekolah dah nak hampir, pasti korang ada perancangan istimewa nak bawa keluarga pergi bercuti kan? Mesti dalam kepala sekarang dah terbayang-bayang pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran ... haa haa nyanyi la tu hahaha!

Anyway, nak travel kenala sediakan barang keperluan yang cukup untuk memastikan percutian kita sempurna dan selesa. Setuju? Kalau setuju, meh baca sampai habis sebab aku ada berita baik dari Watsons! 


Thursday, November 09, 2017

Thursday, November 09, 2017

Projek D.I.Y dua beradik


Assalamualaikum!


Buku teks dah setel, so kat sekolah tak berapa nak belajar dah. Tapi cikgu kakak ada ajar projek D.I.Y dalam kelas dan akhirnya projek tu dibawa balik ke rumah. Memula kami tak faham kenapa dia minta baju tshirt yang masih elok tapi dah tak digunakan lagi, rupa-rupanya dia nak buat projek D.I.Y beg baju!

Wahhh teruja ibu mendengarnya! Tapi ibu takda baju yang tak muat, baju ibu masih muat lagi so guna baju ayah je la yek hehe. Bila si kakak buat, yang adik pun eksaited nak buat jugak. Ok la, kita bagi baju sorang satu. Simple je caranya, dah pernah tengok dalam video 5-minutes craft aritu.


Wednesday, November 08, 2017

Wednesday, November 08, 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Versi Baru


Assalamualaikum!


Minggu ni minggu pulangkan buku teks sekolah. Lepas tu diaorang dah sibuk dengan Hari Terbuka dan Hari Anugerah Cemerlang. Lepas tu baru boleh cuti dengan senang hati. Mak-mak pulak ada tugasnya tersendiri ... iaitu cek keputusan peperiksaan sekolah anak-anak haha. Gitulaaaaa setiap kali anak-anak habis peperiksaan. Mak-mak pulak yang kalut nak tahu pencapaian anak-anak macam mana.

Tapi itulah lumrah kita sebagai ibu betul tak. Anak yang jawab peperiksaan, mak-mak yang eksaited nak tahu keputusannya. Sampaikan ada yang sungguh-sungguh mengharap anak dia dapat straight A's padahal budak tu baru darjah 1. Rilek mommies ... tak semestinya dapat selain A tu menunjukkan anak kita tak pandai. Yang penting mereka berjaya menjawab soalan dan tugas kita sebagai ibubapa adalah untuk meraikan kejayaan mereka menjawab soalan peperiksaan.



Tuesday, November 07, 2017

Tuesday, November 07, 2017

Nak Terbang Pergi Bercuti? Traveloka Ada "Make 11.11 Fly"!


Assalamualaikum!


Ish sekejap je dah nak sampai hujung tahun ye! Terasa cepat betul masa berlalu, tau-tau je dah masuk bulan November. Sekarang ni minggu peperiksaan, hujung bulan November ni dah mula cuti sekolah. Mesti korang ada perancangan bercuti bersama keluarga nanti kan! Tak kisahlah bercuti jauh atau dekat, asalkan dapat luangkan masa bersama-sama pasangan dan anak-anak di tempat-tempat menarik luar dan dalam negara.

Tapi kan, korang dah start buat tempahan ke? Kalau korang nak book hotel dan tiket penerbangan, kenalah mula dari hari ni. Lagi pun, semua mesti dah tahu kan tarikh keramat 11/11 akan berlangsungnya jualan online atau SALE besar-besaran seluruh Malaysia. Haaaa Traveloka pun akan ada tawaran menarik untuk kita semua yang nak terbang pergi bercuti melalui "Make 11.11 Fly"!




Friday, November 03, 2017

Friday, November 03, 2017

Meriahnya NIVEA Care Run 2017!


Assalamualaikum!



Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Thursday, November 02, 2017

Thursday, November 02, 2017

Awas 5 Punca Wanita Berisiko Jadi Buta!


Assalamualaikum!

Melalui beberapa kajian klinikal yang dibuat di Universiti New York, pakar menyatakan bahawa ramai antara kita yang tidak tahu bahawa secara anggaran dua daripada tiga orang buta di dunia terdiri dari golongan wanita.

Kajian di Unviersiti of Illinois juga mendapati wanita lebih berisiko untuk menghidap glukoma yakni punca awal yang boleh membawa kepada masalah buta. Allahu ... tak dapat bayangkan jika kita hilang penglihatan ye. Hilang penglihatan bermaksud putusnya nikmat untuk melihat menggunakan mata yang Allah kurniakan pada kita. 


Wednesday, November 01, 2017

Wednesday, November 01, 2017

Masa Kami Untuk Kakak & Mira!


Assalamualaikum!


Jaaaaangan cakap takda masa untuk anak-anak! Jaaaaangan cakap sibuk buat itu buat ini. Sibuk tak sibuk, ko kena ada masa untuk diaorang jugak! Jangan kejam sangat, jangan dok fikir diri sendiri je. Duit boleh cari, masa ngan anak-anak kalau boleh dibeli pun ko takkan mampu beli tau!


Ni namanya amik gambar tak kena masa haha!
Mira muncung bukan sebab marah, tapi mulut dia penuh dengan roti sosej 😂

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.