Breaking

Friday, November 17, 2017

Aktiviti Pra Cuti Sekolah


Assalamualaikum!


Lagi seminggu je lagi nak cuti sekolah, memang tak sabar rasanya nak cuti panjang kan hehe. Seperti orang dewasa, kanak-kanak pun ada stres. Apa yang mereka streskan pun kita tak tau haha. Biasanya mestilah stres disebabkan hal-hal sekolah, kawan-kawan, cikgu garang dan paling nyata .... peperiksaan! hehe. Tapi berlainan sikit dengan Wani & Mira, diaorang lebih stres kepada kawan-kawan di sekolah hehe. Tang exam diaorang takda pulak mengadu, tapi tang kawan tu hampir tiap-tiap minggu gak la aku terima aduan dari diaorang haha.



Bagi Wani & Mira, mereka takda cara khusus untuk release stres sebab kalau aku tanya "apa itu stres?" pun diaorang tak faham haha! Tapi, adalah sangat penting untuk ibubapa ambil inisiatif menggembirakan anak-anak walaupun tidak banyak. 

Buat permulaan, untuk pra cuti sekolah ni mereka dah buat beberapa aktiviti. Antaranya, perkhemahan sekolah, pergi Kidzania, buat kraftangan dan lain-lain. 




Hari tu singgah Aeon sekejap, diaorang ternampak Molly Fantasia. Diaorang punya pulun main dalam tu sampai habis duit dalam kad hehe. Tapi lepas tu masing-masing senyum je sebab akhirnya setelah beberapa bulan tak datang sini main, diaorang dapat jugak masuk main hehehe.





Kalau kat rumah, diaorang tau nak buat apa. Kadang-kadang diaorang suka main berdua, kadang-kadang main sendiri-sendiri je. Bila berdua, si kakak akan bagi idea nak buat apa, yang adik akan ikut. Malam kelmarin, kakak ajak main kad 'Happy Family'. Tak best main berdua je sebab dah tahu kad tu ada kat siapa haha. So, apa lagi aku join sama la. Mujur main dalam bilik, terbahak-bahak gelak ngan dua orang anak dara tu! 

Malam esoknya diaorang melukis pulak. Sebelum tu, Mira dah minta izin nak guna watercolor. Gunalah sayang, nanti tahun depan beli lain ye haha. So, dengan gembiranya muka masing-masing amik berus dan warna atas kertas lukisan. Lega rasa dapat perabihkan watercolor kan haha!

Minggu ni, kami ada aktiviti luar dan sekali lagi akan pergi ke tempat tu. Hari tu dah pergi, tak sempat main. Kali ni pergi insyaAllah sampai petang la main ye.

2 comments:

  1. Best tengok anak-anak ada aktiviti kan. Nanti boleh bawa ke karnival upin ipin pula sempena cuti sekolah

    ReplyDelete
  2. Seronok ya anak-anak membesar sama-sama ada geng

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.