Assalamualaikum!
Melalui beberapa kajian klinikal yang dibuat di Universiti New York, pakar menyatakan bahawa ramai antara kita yang tidak tahu bahawa secara anggaran dua daripada tiga orang buta di dunia terdiri dari golongan wanita.
Kajian di Unviersiti of Illinois juga mendapati wanita lebih berisiko untuk menghidap glukoma yakni punca awal yang boleh membawa kepada masalah buta. Allahu ... tak dapat bayangkan jika kita hilang penglihatan ye. Hilang penglihatan bermaksud putusnya nikmat untuk melihat menggunakan mata yang Allah kurniakan pada kita.
5 Punca Wanita Berisiko Jadi Buta
Kondisi kesihatan sangat berkait rapat dengan amalan gaya hidup seseorang wanita. Melalui gaya hidup inilah dapat dikenal pasti punca seseorang wanita itu terdedah kepada risiko tanpa dijangka. Antaranya :
- Menopaus awal - Kitaran ini bukan sahaja menganggu suhu badan dan emosi, tetapi juga boleh mencetukan masalah penglihatan. Dr. Assumpta Madu turut memaklumkan, wanita yang mengalami menopaus sebelum usia sepatutnya (sebelum 45 tahun) bersiiriko mendapat glukoma dua kali ganda berbanding wanita yang menempuhi kitaran menopaus normal.
- Merokok - Seorang perokok berisiko menghidap maskular degeneration (masalah hilang penglihatan) dua kali ganda berbanding mereka yang tidak mengamalkan rutin tidak sihat ini. Golongan ini juga dikesan mendapat katarak di usia muda dua kali lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok
- Cahaya Matahari - Merenung terus matahari ibarat anda membiarkan terdedah terus kepada sinaran laser. Begitu juga ksiahnya jika anda melihat cahaya dari kerja-kerja kimpalan. Sinaran terang itu akan mencederakan retina anda. Maka sebab itu, pakai pelindung mata apabila perlu berada dalam persekitaran berisiko tinggi ini
- Ubat - Tidak kita apa juga jenis ubat, setiap satu biasanya hadir sama dengan kesan sampingan yang pelbagai. Ini termasuklah yang boleh mengakibatkan masalah hilang penglihatan sekiranya diambil dalam tempoh masa tertentu. Justeru, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, dapatkan khidmat daripada doktor atau pakar terlebih dahulu
- Kanta lekap - Tidur tanpa menanggalkan kanta lekap adalah satu kesilapan yang besar, Hal ini kerana tabiat ini akan menghalang oksigen daripada memasuki mata dan secara tidak langsung menghalang kornea untuk berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, metabolisme mata turut terjejas sehingga akhirnya mencetuskan masalah buta. Jika anda tidak mahu dunia gelap selama-lamanya, tanggalkan kanta lekap sebelum tidur.
Jagalah mata ketika masih muda ni. Janganlah buat benda yang boleh merosakkan nikmat penglihatan yang Allah beri pada kita. Aku kagum sangat tengok orang-orang tua yang berumur 60-70 tahun ke atas tapi daya penglihatan mereka masih kuat dan terang. Sebab apa? sebab mereka mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta bersenam.
sumber info : majalah wanita 2017
fuh.. jangan main-main... bab ubat tu,, jgn main hentam je kan..
ReplyDeletealamak, bahaya ni.. kena awasi perkara di atas
ReplyDeletetakut ngn kanta lekap...huhu
ReplyDeleteHuhuhu bab2 ubat tu keky paling takut..ya la kekadang banyak yg kita tatau kandungan dalam ubat..jadi kena hati2.
ReplyDelete