Breaking

Monday, November 27, 2017

Filem lain tak boleh lawan Paranormal Activity!


Assalamualaikum!


Aku adalah salah seorang peminat filem-filem seram. Tapi aku selalu ketinggalan 'keretapi', orang lain dah setahun tengok filem tu, aku baru nak cari di internet. Aku lebih suka tengok secara online berbanding di panggung wayang. Kalau ada filem seram tayang kat tv, anak-anak memang tak suka tengok terutama Mira hehe. Berbuih mulut aku cakap, itu sekadar lakonan je bukan darah betul-betul pun! Tapi budak-budak biasa la ... macam kita dulu jugak kan hehe. Sebab tu, kalau aku nak tengok filem seram aku akan bagitau diaorang yang ibu nak tengok cerita seram ni! Berterabur masing-masing lari masuk bilik ... hahaha! Main masak-masak lagi best katanya! 

Baru-baru ni, aku tertengok cerita Paranormal Activity tayang kat tv. Huiii .... boleh tahan seram woo! Padahal cerita dia cuma berkisarkan rakaman video yang dibuat dalam rumah. Mira ngan kakak pun ikut sama tengok sekali huhu. Natijahnya, nak pergi tandas pun suh berteman!




Bila diselidiki, rupa-rupanya filem ni ada turutannya dari Paranormal Activity 1 sampai 4. Dan sebenarnya, dikatakan filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 1988 pada sebuah keluarga dulu di Carlsbad (kalau tak silap). Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti.

Berbeza dengan cerita seram lain yang menggunakan props untuk menunjukkan keseramannya, Paranormal Activity 1-4 lebih kepada rakaman video yang dibuat dalam rumah sekitar jam 3-4 pagi. Alaa...omputih kan suka amik video-video ni kan. Apa benda dia buat pun, dia suka rakam guna video. Dari situ lah kemunculan entiti jahat ini bermula. Terkejut-terkejut jugak la aku dibuatnya hehe.

Lagi satu kan, Paranormal Activity ni ceritanya ada kena-mengena dengan sebuah kumpulan pemujaan setan atau demon. Dalam filem ni, akan ditunjukkan simbol pemujaan setan yang menunjukkan ada ritual tertentu untuk menyeru syaitan. 

Aku dah tengok kesemuanya termasuk yang 'The Marked Ones' tu, memang best dan berjaya buat aku terkejut-terkejut hehe. 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.