Assalamualaikum!
Jaaaaangan cakap takda masa untuk anak-anak! Jaaaaangan cakap sibuk buat itu buat ini. Sibuk tak sibuk, ko kena ada masa untuk diaorang jugak! Jangan kejam sangat, jangan dok fikir diri sendiri je. Duit boleh cari, masa ngan anak-anak kalau boleh dibeli pun ko takkan mampu beli tau!
Ni namanya amik gambar tak kena masa haha!
Mira muncung bukan sebab marah, tapi mulut dia penuh dengan roti sosej 😂
Zaman kanak-kanak adalah masa yang paling menyeronokkan dan sepatutnya ibubapalah yang kena buat ia seronok untuk anak-anak. Tambah pulak, diaorang semakin hari semakin membesar. Semalam kita tengok dia kecil lagi, esok kita tengok dia dah besar. Tau-tau je diaorang dah masuk remaja, tau-tau je diaorang dah akil baligh, tau-tau je diaorang dah tak nak main dengan kita. Disebabkan itulah, terdetik hati ni nak bagi something balik kat diaorang. Something yang diaorang dambakan sebagai anak-anak, something yang at least boleh jadi kenangan satu hari nanti yang kita ADA luangkan masa dengan diaorang.
Bukan tak kesian kat anak-anak, tapi adakala kita ni suka pandang sambil lewa. Yang kita tahu suruh diaorang belajaaaaaaar je! Hari-hari suh mengadap buku! Cuba kita ingat balik masa kita kecik-kecik dulu, ingat kita suka ke mak ayah kita marah-marah suh baca buku? Rimasss tau dak! Kita sendiri gagal untuk mengenal pasti kemahuan anak-anak, tak mahu luangkan masa dengan mereka, walhal ada yang lebih penting sebenarnya dari menghadap buku ... iaitu menghadap mereka dan bersama-sama luangkan masa!
You know what to do to make things right! So, kita kena cari alternatif untuk spend masa cuti dengan anak-anak. Terima kasihlah pada mak-mak dalam grup WhatsApp sekolah yang share pasal Karnival Mahabbah ni. Kebetulan pula karnival dibuat di masjid berhampiran sekolah agama anak-anak dan aktiviti-aktiviti yang disediakan pun memang menarik, so memang aku berhajat sangat nak bawa kakak dan Mira ke sini. Terima kasih ayah bawa kami mai sini! 😍😘
Yang bestnya hari Sabtu tu ada game! Game congkak dan batu seremban, main dam, catur memanah dan juga futsal! Of course target aku ialah batu seremban hehe. Alaaaa nak main main seronok jeeee! Selalu tengok orang-orang muda budak-budak main batu seremban, ni tengok orang tua main habis bergegar khemah dengan gelak ketawa makcik-makcik sporting ni hehe.
kakak main congkak
Orang muda jangan tau gajet je, mak pak kena kasi kenai permainan tradisional kat anak-anak. Kena kasi diaorang pegang dan main sendiri. Kena bagi tau peraturan macam mana, nak main macam mana. Jangan hanya kenai dalam buku je. Ada peluang main congkak, main lah. Lebih elok dari diaorang hadap gajet dan komputer.
Game start pukul 10am, Mira dah masuk dalam dewan ready untuk acara mewarna. Kakak duduk dengan aku sebab dia nak main batu seremban. So, aku main congkak dulu la. Sebenaqnya, tak rancang pun nak main congkak. Tapi dah makcik-makcik tu ajak main, maka moh la kita! Eh seronok giler main, dah la akak yang lawan aku ni salah main letak buah guli dia dalam 'rumah' aku hahaha. Aku pun tak perasan memula, tapi bila dia tanya kenapa guli dalam 'rumah' aku banyak dari dia, rupa-rupanya tiap kali buang guli dia masukkan sekali dalam 'rumah' aku ...haihhh hahaha! Acik kena buat ulangkaji balik main congkak ni acikkkk ... 😜
Pas main congkak, kita main batu seremban pulak. Geng makcik-makcik dulu main, punya lah riuh bawah khemah dengan suara kami hehe. Mujuq luar masjid, kalau tak dah kena halau dengan ajk masjid hehe. Walaupun ada yang baru pertama kali aku jumpa, tapi dia punya kemesraan kerana main batu seremban ni ja ... menjadikan suasana pagi tu meriah! Memang sporting main ngan diaorang ni, macam-macam perangai lucu sampai sakit perut kami gelak hehe.
Antaranya, akak sebelah aku ni 👆 dia serak buah sampai ke sudah tak lepas-lepas haha! Dah la buah tu tak boleh digerakkan (kalau buah gerak, 'mati') dia punya buah semua rapat-rapat! Hat tu ja kami dah gelak sakan. Kesian dia asyik buah satuuu je! hehe. Akhirnya round ke 8 dapat jugak dia lepas buah satu 😂
Akak dua orang depan aku ni 👆 pun kelakar gila! Sorang tangan ketaq, sorang buah asyik melantun hehe. Tapi walaupun macam tu, diaorang lebih terer dari aku huhu.
Game congkak kalah, batu seremban pun aku kalah haha. Takpela, janji seronok. Tapi ibu kena pastikan anak-anak bawa balik hadiah, kalau tak nanti monyok dia sampai ke malam! Dah habis game kat luar, kita masuk dalam tengok adik mewarna. Ramai betul kanak-kanak yang mengambil bahagian!
Mira malu-malu
Kakak memula takmo masuk pertandingan mewarna, nak masuk game batu seremban ngan congkak macam aku. Tapi bila dah tengok adik mewarna tu, dia pun nak jugak hehe. Mujur masih boleh daftar nama, dan dapatlah dia mewarna.
Karnival Mahabbah ini juga menyediakan gerai-gerai jualan di dalam dan di perkarangan masjid. Macam-macammm ada! Tapi aku share sikit je la kat sini, selebihnya boleh tengok di IG ya!
Menggoda sungguh makanan-makanan diaorang jual kat sini! Mira tergoda kat air milo, kakak tergoda dekat roti sosej, aku tergoda kat pulut kuning dan rendang ayam hahaha.
Dah habis mewarna dan shopping makanan, kitaorang masuk dalam dewan balik untuk tengok tayangan kartun Ustaz Don. Ada kuiz so mesti ada hadiah! Itu hadiahlah ibu kena pastikan kakak dan adik menang ...haha! Aku cakap nak hadiah kena laju-laju angkat tangan, kalau malu boleh sembunyi dalam kelambu! Bila kakak dapat hadiah, yang Mira pun dah start muncung nak hadiah jugak. Nak hadiah kena dengar betul-betul la apa kartun tu cakap, pastu angkat tangan laju-laju. Alhamdulillah mujur dua-dua dapat jawab ... haha pandai pun!
Dari pagi sampai ke petang kami enjoy di sini. Harap kakak dan adik pun enjoy, bukan kerana sebab dapat bawa balik hadiah je, tapi dapat membina keyakinan diri bila menyertai sesuatu pertandingan. Ibu nak kakak dan Mira melakukan aktiviti yang sihat seperti ini, rather than just pegang handphone.
InsyAllah, kita join lagi aktiviti seperti ini bersama-sama nanti ye. Tengok gambar awak berdua ni membuatkan ibu sebak memikirkan berapa masa lagi yang ibu dan ayah ada untuk bersama dengan awak berdua 😞
Moga hari itu menjadi kenangan terindah buat kakak dan Mira 💗
No comments:
Post a Comment