Assalamualaikum!
Dah memasuki November bermakna musim tengkujuh bakal tiba. Bagi yang dah faham pattern cuaca negara kita, Monsun Timur Laut bermula November sehingga Mac setiap tahun. Bulan Oktober merupakan monsun peralihan dan bermula minggu hadapan kita akan mengalami episod cuaca hujan lebat di kebanyakan negeri di seluruh negara.
Itu bermakna kita semua kena sentiasa alert dengan perubahan cuaca yang berlaku di tempat kita. Kejadian banjir kilat boleh berlaku dimana-mana dan kita semua kena elakkan dari berada di tempat yang mudah dinaiki air. Dan please, sentiasa 'dekatkan' diri anda dengan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengetahui sebarang info mengenai cuaca di kawasan anda.
Jangannnnnn mudah terpedaya dengan mesej viral yang anda dapat melalui WhatsApp tanpa ada pengesahan dari MetMalaysia sendiri. Zaman sekarang ni zaman fitnah, tang cuaca pun orang boleh buat cerita macam-macam. Bila cuaca panas sangat, depa kata suhu bakal naik sampai 40⁰C. Bila cuaca sejuk depa kata suhu akan turun sehingga 19⁰C. Ni monsun dah mai, depa kata ribut kuat dari mana ntah akan mai hentam negara kita pulak.
Depa bukan takda kerja, tapi kerja depa menghuru-harakan buat orang panik. Kalau ada cuaca buruk, takda sapa nak sembunyikan la aihh...gila apa! Apa saja mesej viral mengenai cuaca, sila sahkan ia dengan pegawai Meteorologi.
Lagi satu, ni musim tengkujuh dah nak mai kan, tolong jangan bagi anak-anak kita main dekat dengan air macam mandi laut ka, mandi sungai ka, panjat bukit ka, menangkap ikan, memancing dalam kolam atau longkang. Dah habis tengkujuh ni nak mandi mandi la.
Apapun perkembangan cuaca, please refer pada agensi tunggal rasmi negara iaitu MetMalaysia. Kita boleh dapatkan info dari mereka melalui 4 cara :
- Laman web www.met.gov.my
- Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet/
- Aplikasi MyCuaca di Play Store
- Twitter https://twitter.com/malaysianmet
Gunakan smartphone anda secara bijak dan dapatkan info cuaca melalui link-link rasmi di atas. Kalau website down, sila refer yang facebook & twitter punya. Kalau facebook & twitter punya down, sila download MyCuaca. Tak boleh bukak website jangan meroyan pulak! Gi komen yang bukan-bukan pastu maki hamun orang. No class orang macam tu. So, sila jadi bijaksana ok.
Kena berhati2 lah zaman musim tengkujuh skrg
ReplyDelete