Breaking

Monday, November 20, 2017

Sambutan Hari Kanak-kanak 2017


Assalamualaikum!


Dah habis exam akhir tahun, tibalah masanya untuk bergembira! hehe. Tiga minggu sebelum tu Mira dah book nak pakai crown untuk Hari Kanak-kanak nanti. Mujurlah hari tu ada ternampak crown kat kedai My One Shop (dulu Mei Meei), ha gigih la ibu ngan ayah awak membelinya. Kakak pulak masuk persembahan pentas tapi pakaiannya hanya tshirt dan seluar PJ.

Hari Kanak-kanak secara rasminya disambut pada hari ini, 20hb November setiap tahun tapi sambutan di sekolah telah pun dibuat lebih awal. Haaa seronok tengok murid-murid semua diraikan dengan pelbagai aktiviti dan permainan. 



Puas lah tu dapat pakai crown


Rupanya setiap kelas kena pakai baju ikut tema. Kelas Mira kena pakai dress kaler biru dan ada crown. Patutlaaaaaa kawan-kawan kelas dia ramai pakai haha. Terasa cantik dah tu pakai crown atas kepala tu hehe.

Aktiviti pertama adalah persembahan tarian dari semua kelas. Yang sedihnya, ibu terlepas peluang nak rakam persembahan kelas Mira so takdalah videonya huhu. Mujurlah, masa ibu sampai tu kelas kakak dah beratur kat luar dewan ready nak buat persembahan. Apa lagi, dengan tangkasnya ibu berlari masuk ke dewan dan berdiri di depan untuk rakam video hehe. 






Comel lote kakak-kakak Tahap 2 menari ye. Siap dengan baju merelip-relip pulak tu! Dah habis persembahan tarian, tiba masa untuk main gameeee! Kali ni punya game memang seronok, kelakar dan terhibur. Semua pakat gelak, pakat enjoy!

Mira main Music Chair dan kakak main pijak belon hehe. 




Hahaha dia punya bising sampai Mira tutup telinga la. Kawan-kawan dia dok jerit nama dia bila lawan dengan adik darjah satu. Dah la dengan tudung tercabut pin, kejap tangan dok betulkan tudung haha! 




Limbo rock ni pun best tau! Tergelak-gelak aku kat depan bebudak ni. Memula batang kayu tu tinggi, masing-masing laju je jalan bawah dia. Tiba sampai kat pinggang dah ada yang tersekat. Tapi kagum juga aku tengok, kemain lentok badan diaorang nak kasi lepas bawah kayu tu hehe. Sporting sangat murid-murid ni. Kalau suruh aku buat ... hurmmm memang sah tersekat di skala hidung la jawabnya hahaha!

Kakak main game pijak belon. Haa yang ni pun buat ibu teruja jugak menengoknya! Dia punya cara main, mesti pijak belon kawan sampai pecah dan jaga belon sendiri jangan bagi orang lain pijak. Kalau belon pecah kira kalah. Fuh! bedebor tengok kakak main haha. Tapi dapat jugak dia main sampai ke final.




Tudiaaaa punya hingaq la dewan tu dengan suara depa! Bersorak bagai semua hehe.

Dah habis game, tiba masa untuk pertunjukan magic! Wowww .... magic-magic ni bebudak memang suka la kan. Tetiba Mr. Clown masuk ... lagi lah gamat dewan bebudak menjerit suka hehe. Encik badut ni ada nama panggilan dia, tapi aku lupa la apa nama dia hehe.


Punya la nak menang hadiah, 
semua diam ikut cakap encik badut hehe

encik badut makan api woiii!

encik badut suh menari chicken dance. 
Pasaipa si Mira kerling encik badut tu hahaha!


Tiba masa encik badut buat magic, bukan murid-murid je yang teruja tapi ibubapa, cikgu-cikgu dan jemputan pun tekun tengok encik badut buat magic hehe.




Dah seronok tengok magic, tiba masa untuk penyampaian hadiah untuk game yang diaorang main tadi. Alhamdulillah Wani & Mira bawa balik hadiah sorang satu untuk game yang disertai.


Naib Johan Music Chair - Nurul Hazmira

Naib Johan Pijak Belon - Nurul Hazwani







Memang terbaik sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah depa tahun ni. Semua pun enjoy dapat bawa balik hadiah dan goodies bag. Siap dapat aiskrim sorang satu hehe.

2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.