Assalamualaikum!
Jalan-jalan di taman KLCC, kalau tak amik gambar tak sah betul tak! Tambah kalau amik gambar dari atas jambatan yang berlatarbelakangkan menara berkembar petronas, mesti gambar kita akan jadi satu kenangan indah untuk disimpan.
Tapi masalahnya, tiap kali amik gambar menggunakan smartphone mesti akan timbul masalah ini ... gambar belakang tak penuh. Tegakkan skrin tak kena, melintangkan skrin pun tak masuk jugak.
LENS
Sewaktu nak amik gambar anak-anak di atas jambatan mengadap menara KLCC, aku didatangi seorang lelaki yang menjual LENS. Memula aku tak layan sangat sebab sibuk nak adjust gambar KLCC yang hanya nampak separuh! huhu.
Pastu datang lagi seorang lelaki perkenalkan diri dan offer untuk aku cuba LENS di smartphoneku. Katanya guna LENS ni, gambar KLCC kat belakang akan nampak penuh.
Mudah je nak guna, hanya klipkan pada kamera smartphone dan amik gambar macam biasa. Sesuai digunakan untuk kamera depan dan belakang.
Gambar sebelum guna LENS.
Hanya nampak 'kaki' KLCC je hehe
Guna LENS, gambar KLCC di belakang penuh!
Haaa ada beza kan! Kaedahnya sama macam GoPro kot tapi yang ni mampu milik le hehe. Takda la rasa frust menonggeng tiap kali amik gambar nampak belakang separuh je kan haha!
kamera belakang
kamera depan
Satu lagi gambar menggunakan LENS
LENS ni ada saiz besar ada saiz kecil. Ada pelbagai warna, ada pink, gold, merah, hitam dan lain-lain. Ok la bagi aku, senang nak amik gambar lenkali, tak perlu nak adjust lebih-lebih. Mudah dibawa kemana saja, nak guna hanya klipkan saja pada kamera smartphone.
Lisa dlu ada... tp ntah letak mana hahaha. adeh . tapi kualiti gambar tk berapa clear . tu yang lisa tak pakai lagi ...
ReplyDelete