Assalamualaikum!
Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kita bakal memulakan sesi persekolahan 2018 bermula di seluruh negara. Pastinya di waktu begini, ibubapa semakin sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak masing-masing. Ada juga ibubapa yang telah pun lebih awal membuat persiapan, maka masa selebihnya akan diluangkan bersama anak-anak.
Adapun anak-anak yang datang dari keluarga mewah dan sederhana, maka persiapan keperluan sekolah barangkali tidak menjadi masalah. Namun, masih terdapat anak-anak dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang memerlukan perhatian pihak berwajib bagi menyalurkan bantuan persekolahan supaya anak-anak mereka dapat menikmati barang keperluan baru seperti anak-anak lain.
Bagi merealisasikan impian ini, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.
Program di Sungai Buaya, Rawang
Program di Tadika Cahaya Takwa
Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat ("CSR") demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.
Objektif Program Kasih Ilmu Anak Selangor adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disalur terus kepada penerima.
Menariknya, pakaian uniform sekolah ini direka oleh pereka tempatan berbakat Fairuz Ramdan. Nampaknya rezeki Mira dapat menyarung baju sekolah baru tahun hadapan. Kainnya lembut dan selesa dipakai.
Untuk maklumat lanjut, korang ikuti aktiviti mereka di :
INSTAGRAM :CSRMBISELANGOR
INSTAGRAM :THEOFFICIALFRJUNIOR
INSTAGRAM : ITSFR
#csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRJunior #KasihIlmuAnakSelangor
No comments:
Post a Comment