Breaking

Thursday, January 04, 2018

Yeay yeay dah sekolah!


Assalamualaikum!


Minggu pertama persekolahan, mesti ramai ibubapa yang masih 'berkampung' di sekolah anak masing-masing, terutama yang baru masuk darjah 1. Yang tak masuk darjah satu pun ada yang sibuk 'berkampung' di sekolah juga ... macam aku hehe.

Tahun ni persiapan sekolah kakak dan adik sederhana je. Baju pengawas kakak awal-awal lagi dah siap tempah dengan sekolah. Tinggal beli baju kain sekolah agama je kat diaorang. Kasut jangan citer la, kaki masing-masing cepat panjang. Sampai hujung tahun kasut dah berlubang sana sini dan ketat. Cuma buku je yang masih serabut sekarang ni. Kelas dah bermula, tapi masih ada lagi buku yang tak cukup dibeli. Alasannya sebab stok buku lambat sampai masa cuti hari tu. Lagi haru bila ada ibubapa yang terpaksa berulang-alik 4 kali time cuti aritu semata-mata nak beli buku sekolah kat bookshop. Tapi 4 kali tu jugak pulang dengan tangan kosong sebab aunty bookshop cakap buku belum sampai. Haihhh ...

Itu pasal la aku tunggu bukak sekolah baru beli buku diaorang. Kalau pergi time cuti, asyik dialog buku belum sampai je la jawabnya. Itu pun pergi time hari pertama bukak sekolah hari tu pun ada lagi buku yang tak cukup, kena tunggu stok baru sebab yang lama dah habis huhu. 




Cepatnya masa berlalu, anak-anak ibu dah besar nampaknya. Kakak smart dengan baju pengawas barunya, dan adik semakin bambam! hehe. Masing-masing dah besar, jadi 'drama' pagi tu takda la sangat. Dah darjah 3 dan darjah 5 pun, takkan masih nak menangis kat sekolah ye dak. Tapi kakak ada cakap jugak pagi tu, yang dia tetiba rasa macam nak sakit perut hahaha. Biasala tu kak .... teruja dan gementar nak melangkah ke darjah baru perkara biasa. Tapi bila tengok buku teks diaorang tahun ni, hurmmm agak mencabar jugak pembelajarannya.

Kakak darjah 5 tahun ni, jadi cikgu dah tentu akan beri perhatian selain pada kakak-kakak darjah 6. Mungkin akan ada kelas tambahan dan kelas pengukuhan. Ibu ingat nak hantar kakak gi tuisyen, moga dipermudahkan urusan tu nanti. Apapun kita kasi setel dulu buku sekolah ye. 

Sekarang ni ibu tetapkan peraturan, setiap hari mesti tidur jam 10 atau paling lewat 10.30pm. Balik, mandi, solat, mengaji, makan, siapkan homework, susun buku untuk sekolah pagi dan sekolah agama dan kemudian buat soalan ulangkaji. Kul 10 semua mesti dah ada atas katil. Setakat ni alhamdulillah dua beradik tu ikut jadual.

Moga kakak dan adik manfaatkan ilmu yang dipelajari di sekolah. Baik akademi mahupun agama, ibu dan ayah doakan kakak dan adik berjaya dan cemerlang dalam kedua-dua bidang. Aaaminnn yarabbal alaminnn

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.