Assalamualaikum!
Jenuh mikir macam mana nak bayar bil air SYABAS secara online, akhirnya daku temui jawapannya hahaha. Amboiiii bunyi macamlah dia orang pertama di dunia yang tahu ye, tapi aku nak share jugakla kot-kot mana tau ada yang macam aku spesis ketinggalan zaman sikit hehehe.
Ok, dalam bil SYABAS yang terkini dah dimaklumkan yang bermula 1 Januari 2018, pembayaran bil air perlu dibuat dengan menggunakan aplikasi JomPAY sahaja. Maksudnya, kita tak boleh bayar macam kita biasa bayar bil elektrik dan bil-bil lain secara online seperti sebelum ni. Setahu aku bil SYABAS je lah yang kena guna JomPAY ni, tak pasti pulak kalau bil utiliti lain pun kena. Tapi setakat ni untuk bil-bil lain tu aku bayar direct terus macam biasa sebab penama masih ada dalam senarai utama.
Anyway, nak bayar bil SYABAS guna JomPAY ni senang jugak kaedahnya. Korang hanya perlu cari aplikasi JomPAY dalam perbankan internet korang. Bank-bank utama seperti Maybank, Agronet, Bank Rakyat dan bank-bank tempatan lain ada menyediakan aplikasi JomPAY.
Ambil bil air korang dan letakkan didepan. Log in perbankan internet yang korang ada dan cari simbol JomPAY macam dalam gambar di atas tu. Klik situ dan pergi ke langkah seterusnya.
Kalau masa kita bayar bil SYABAS dulu, dia minta nombor akaun bil kan? Sekarang bayar JomPAY ni dia tak minta nombor akaun dah tapi dia minta 2 benda! Cuba tengok dalam kotak yang aku dah birukan pada bil di atas ni, ada nombor 'Biller Code' dan nombor 'Ref-1' kan? Dua nombor inilah yang korang kena masukkan untuk bayar bil.
Rujuk gambar bawah kalau nak lebih clear.
Masukkan nombor 'Biller Code' dan 'Ref-1' beserta jumlah bayaran yang korang nak buat. Lepas tu boleh print resit dan setel!
Senang jugak kan! 😋
ooo camtu pulak --- bulan Januari bil Air xdpt lg sampai skrg
ReplyDeleteesok lusa sampai la tu :)
Deletelahai...makin mudah kan nak membayar sekarang ni..dah tak perlu nak beratur
ReplyDeletedah lama tak beratur kat kaunter hehe
Deleteboleh buat peberet ke bil air ni kat online tu?
ReplyDeleteboleh dkna...JomPAY boleh tambah favorite :)
Delete