Assalamualaikum!
Syukur alhamdulillah di atas kurniaan yang diberikanNya kepada kami untuk terus bersatu dan bersama-sama melayari bahtera. Di usia perkahwinan kami yang telah masuk 12 tahun (3hb Mac 2018) ni, dah tentu aku punya harapan besar untuk keluarga kecil kami.
Sesiapapun pasti nakkan yang terbaik untuk keluarga mereka, betul tak. Apatah lagi kami pun dah cecah usia 30an, kematangan dalam menjalani kehidupan bersama sangat penting bagi aku kerana ia pasti akan mempengaruhi kehidupan kedua-dua puteri kami yang masih bersekolah.
12 tahun bukan satu jangkamasa yang sekejap bagi aku. Banyak yang telah kami lalui bersama dalam tempoh ini. Suka, duka, pahit, manis. Hidup berumahtangga umpama roller coaster penuh dengan kejutan dan peristiwa yang takkan dapat kita lupakan.
Dan untuk pengalaman hidup yang sangat berharga ini, aku harap dan berdoa tahun-tahun seterusnya akan jadi lebih bahagia dan bermakna buat kami berdua bersama anak-anak yang dikasihi.
Terima kasih pada rakan-rakan yang memberikan doa dan ucapan di hari ulangtahun kami. Terima kasih abg kerana masih bersama kami, moga Allah berkati keluarga kecil kita dunia dan akhirat.
Love,
Isterimu
Alhmdullilah, tahniah Nim. Happy Anniversary untuk Hanim dan suami semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga ke Jannah.. aamiin ya rabb.. ❤
ReplyDeleteaaminn yarabbal alamin ... tq kak sue ;)
Deletehappy anniversary anim..alhamdulillah..moga hubungan kekal till jannah
ReplyDeleteaaminnn tq sis ;)
Deletetahniahhhh.. happy anniversary....
ReplyDeletetq sis mia :)
Delete