Assalamualaikum!
Seminggu lebih 'bercuti' dari blog, terus jem kepala otak ni! Nikmat cuti sempena cuti sekolah aritu membuatkan kemalasan yang berganda-ganda hahaha! Cukup-cukuplah malas awak tu Nim, kasi update satu cerita hari ni ok!
Bulan Mac bulan yang istimewa buat kami sekeluarga, awal bulan aritu anniversary kami. Dan pada 23 Mac yang lalu, birthday dua orang puteri kami. Alhamdulillah masing-masing dah menginjak satu tahun. Mana ibu pergi kalau diaorang tengok anak-anak ibu, mesti kuar soalan "besar dah Mira tu Nim ... taknak bagi dia adik lagi ke?" Aduhaiii ...tak tahu macam mano den nak jawab hehehe, rezeki anak ni siapa pun takkan menolak apatah lagi kalau kita dah lama mengharap. Tapi aku senang je, we go with the flow ... insyaAllah doa-doakan yek!
selfie senyap-senyap dua beradik
Walaupun diaorang ni berkongsi tarikh lahir yang sama (tahun lain-lain), tapi karakter tak sama! Kalau sorang mood baik, sorang lagi mood terbalik. Kalau dua-dua mood baik ha diaorang akan selfie macam di atas ni la haha. Tapi kalau dua-dua mood tak baik .... aduh takmo citer la hehe.
Apapun, moga kakak dan adik adik-beradik dunia akhirat, moga keakraban korang berdua kekal sampai bila-bila k.
Teringin nak buat kek untuk anak-anak, tapi ibu belum
masuk kelas baking. So, ibu belikan aje la dulu ye hehehe
Pulut kuning rendang daging
Pulut kuning dan rendang daging tu bukan dalam perancangan sebenarnya, tapi alhamdulillah dapat juga hantar ke surau untuk diagihkan pada jemaah-jemaah yang hadir malam tu.
Alhamdulillah sambutan birthday diaorang tak pernah miss dan disambut sederhana je. Hadiahnya dah lama diaorang dapat, tapi entah macam mana hari tu diaorang dapat lagi hadiah ... mungkin sebab sehari sebelum tu ibu baru gaji hahaha!
Tapi tu la ... diaorang bising gak, kenapa birthday diaorang kena dalam minggu cuti sekolah. Kalau tak, boleh sambut ngan kengkawan kat sekolah. Amboiii dah tahun ni memang tarikh awak tu duduk dalam minggu cuti sekolah, nak buek camno. Tunggu la tahun dopan atau tahun satu lagi yo!
Ibu doakan moga kakak dan adik diberkati Allah dunia akhirat, taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, sayangi dan selalu berdoa untuk ibu dan ayah serta belajar rajin-rajin k! Aaminnn ....
No comments:
Post a Comment