Breaking

Friday, March 02, 2018

Ketahui 6 Sebab Diharuskan Mengumpat


Assalamualaikum!


Dua kontroversi besar yang sedang melanda masyarakat kita hari ini masih lagi hangat diperkatakan di media-media sosial. Kedua-dua isu ini ada kaitan dengan artis tempatan, maka dah tentu mereka tidak terlepas dari perbualan masyarakat tentang setiap perkara yang melibatkan mereka. 

Ok, tentang isu mereka aku takmo komen apa-apa. Cukup komen dalam hati dan simpan sendiri. Nak zahirkan di media sosial secara terang-terangan, aku rasa mufti-mufti, ustaz-ustaz dah buat. Jadi tak perlulah aku nak ulas lagi kan. 

Dalam kita bercakap tentang perilaku dan kesalahan yang dilakukan orang lain, dalam tak sedar kebarangkalian untuk terjerumus dalam dunia mengumpat itu amat tinggi. Tak cakap ... salah sebab kita tidak menegur kemungkaran itu. Kalau cakap .... pun salah sebab kita memperkatakan tentang keburukan orang lain. Dah tu, nak cakap ke tak?? 



Ada satu artikel yang aku baca dalam majalah baru-baru ni yang berkongsi tentang bila atau dalam keadaan mana yang kita diharuskan mengumpat. DIHARUSKAN ye, BUKAN DISUNATKAN. 

Menurut al-Imam al-Nawawi dalam Riyad al-Salihin, mengumpat diharuskan kerana tujuan yang benar dan mengikut syariat.


6 SEBAB DIHARUSKAN MENGUMPAT 

Pertama - PENGADUAN DAN PENGANIYAAN
  • Hal ini diistinbatkan daripada kisah pengaduan Hindun Binti Utbah kepada Rasulullah tentang suaminya, Abu Sufyan yang kedekut. Beliau mengadu,"Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan ialah lelaki yang sangat kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan anak-anakku, kecuali aku ambil hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa berbuat demikian?". Maka jawab Rasulullah,"Ambillah hartanya dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kedua - MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN
  • Iaitu meminta pertolongan daripada orang tengah untuk mencefah kemaksiatan atau perkara-perkara yang berlaku. Contohnya, meminta pihak berkuasa seperti polis atau jabatan agama untuk mencegah maksiat yang dilakukan seseorang

Ketiga - MEMINTA FATWA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
  • Soalan sebegini boleh diaujkan bertujuan meminta fatwa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku : "Ayahku tidak memberi kepadaku hak yang sepatutnya, bagaimana untuk menyelesaikannya?" Tetapi lebih baik jika tidak menyebut nama orang yang terlibat dalam masalah tersebut. Dialog sebegini boleh dikemukakan,'Jika seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebut namanya) berbuat begini dan begini, bagaimana untuk menyelesaikannya?"
Keempat - PERINGATAN UNTUK MENJAUHI MAKSIAT
  • Kata-kata tersebut bertujuan mengingatkan Muslim lain agar menjauhi maksiat dan memberi nasihat. Antaranya menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi hadis atau para saksi. Bahkan menjadi wajib jika perlu berdasarkan ijmak kaum Muslimin. Contoh lain seperti ingin mencari menantu atau besar, bersyarikat, memberi amanha, berjiran dan bergaul. Maka, orang yang diminta nasihat mesti memberitahu karakter atau keadaan sebenar supaya tidak tertipu dalam menjaga amanah dan tidak menyesal jika mendapat suami, menantu atau keluarga besan yang berperangai buruk
Kelima - PELAKU FASIK DAN MAKSIAT TERANG-TERANGAN
  • Contohnya, seseorang bangga meminum arak di khalayak ramai atau bersentuhan dan bercumbuan antara lelaki dengan perempuan yang tidak berkahwin di hadapan orang ramai. Bagaiamanpun tidak dibolehkan menyebut keaiban-keaiban lain
Keenam - UNTUK DIKENALI
  • Sekiranya tiada petunjuk-petunjuk laiin yang boleh membuatkan dia dikenali dan orang tersebut sudah dikenali ramai dengan panggilan tersebut, maka diharuskan menyebutnya seperti juling, jongang, tempang, sumbing dan gagap


sumber : majalah solusi

2 comments:

  1. hah..jangan jadi makcik bawang dah ler...hahahaha...umpat pun kekadang tu ada sebab kan

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.