Assalamualaikum!
Kuasa di tangan andaaaaaa! Tu la dia penangan suara rakyat di media sosial! Majoriti ramai yang mempersoalkan tarikh PRU ke 14 dari hari ia diumumkan sehinggalah ke hari ini hehe. Perghh .. power suara korang yek! Apapun, barangkali kerana rungutan dan keluhan yang banyak dan berpanjangan inilah, maka hari ini Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa tarikh 9 Mei 2018 adalah Hari Cuti Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Pilihanraya Umum Ke 14!
Yeayyy!
Memula ingat ada yang nak prank ke ape, sekali cek memang betul lah! Satu kenyataan media rasmi telah dikeluarkan di FB Pejabat Perdana Menteri.
Haa apa lagi, jangan bagi alasan lagi ye. Yang mana kawasan mengundinya lebih kurang 2 jam dari rumah boleh pergi balik hari. Budak-budak pun diberi cuti pada hari tersebut, maka yang mana bekerja pun tetap dapat cuti terutama yang kerja kerajaan hehe.
Dah takmo gaduh-gaduh, masing-masing dah tua dah. Orang dah bagi cuti, jangan kita nak merungut nak mengeluh nak menyalahkan sesiapa lagi. Hebat sangat menuding sana sini tapi bila tiba hari mengundi, dia tak muncul-muncul pun kat pusat mengundi haha .... !
sumber : fb pejabat perdana menteri

No comments:
Post a Comment