Assalamualaikum! Masuk hari ke-8 kita berpuasa ni barulah mata tak berapa nak mengantuk rasa. Mungkin sebab aura gaji hari ni haha maka bahagia tu telah melenyapkan kemengantukan seminggu lepas. Alhamdulillah dapatlah belanja anak-anak makan untuk buka puasa kang insyaAllah.
Tak tau nak cerita apa hari ni. Nak cerita politik, kita bukan pakar sangat dalam analisis politik. Tapi kita suka baca perkembangan semasa dunia hari ini terutama yang berlaku dalam negara kita. Apapun, moga dengan adanya pimpinan baru ini segala masalah dan kemelut yang sedang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan baik. Kecam pun tak guna, menyalak apatah lagi. Tugas kita sebagai rakyat dah selesai dalam PRU14 yang lalu. Sekarang bagi laluan pada mereka yang terpilih untuk buat kerja.
Anyway, since kita takda cerita gosip best nak dikongsi so kita share la cerita few months back dimana kami telah dijemput oleh Uncle Musa and his family untuk makan malam di Restoran Simply Ribs, TTDI.
Who is uncle Musa? Ok, panjang cerita dia sebenarnya. Tapi untuk meringkaskan cerita meh la kita ceritakan. Sebenarnya pertemuan ini sepatutnya berlangsung antara mak dan uncle Musa sekeluarga, sebab mak dan family uncle Musa ada pertalian yang sangat rapat sejak mak kecil lagi. Walaupun bukan sedarah sedaging (means bukan sedara ye) tapi jalinan hubungan kekeluargaan antara mereka sudah lama terikat.
Masa mak kecil-kecil dulu, mak hanya bersekolah takat darjah 6. Tau je la keluarga duduk di kampung ni bukan semua orang senang. Anak ramai dan hanya arwah atok je yang bekerja menampung keluarga. Maka, mak berhenti sekolah dan mula cari pekerjaan untuk tolong arwah wan.
Mak bekerja di sebuah rumah yang didiami oleh pasangan suami isteri dan 5 orang anak (kalau tak silap) selepas itu. Sejak dari itu, maklah yang menjaga pakai minum anak-anak disitu sehingga mereka nak masuk usia remaja. Anak-anak itu adalah uncle Musa, uncle Mud, uncle John, uncle Ross dan kak Nor.
Kini anak-anak yang mak jaga tu pun dah besar dan berkeluarga. Uncle Musa pernah bagitau, dia pernah berusaha mencari mak di kampung tapi tak jumpa. Bila di KL pula, mak juga berusaha cari uncle Musa (sebab uncle Musa bekerja di HKL masa tu) tapi takda rezeki nak bertemu.
Tup tup satu hari mak terpandang wajah uncle Musa di tv dan beria cakap itulah Musa yang mak jaga masa dia kecil dulu. Kita pun macam was-was juga mulanya, sebab totally kita tak kenal siapa dia. Hanya mak yang kenal, barangkali betul barangkali tersalah orang hehe. Tapi alhamdulillah kita salah mak kita betul hehe. Memang tak silap orang.
Long story short, uncle Musa dapat juga kami jejaki. Terkejut uncle Musa dapat panggilan dari kita hehe. Siap bercakap ngan mak dalam telefon. Alhamdulillah hajat mak tercapai walaupun tak sepenuhnya. Hajat mak nak jumpa uncle Musa dan adik beradiknya, tapi mungkin belum ada rezeki lagi.
Malam tu bukan family uncle Musa je ada, tapi adik beradik lelaki yang lain pun datang juga. Diaorang adaah uncle Mud (Mahmud) dan uncle John (Zulkfili). Orang-orang dulu nama timangannya dashyat gak yek haha.
Walaupun pertemuan itu sepatutnya adalah antara mak dan family uncle Musa, tapi kerana jauh maka kami la wakilkan mak. Memang blur tak tau nak cakap apa, maklumlah dia doktor pakar di sebuah hospital terkemuka. Kita ni ape la sangat hehe. Tapi beliau dan keluarga sangat merendah diri. Mujurlah mak ada ceritakan serba sedikit sejarah dulu, so takda la janggal sangat bila uncle Musa bukak cerita dulu hehe.
Uncle Mud and his grandson, Uncle Musa, Uncle John
Alhamdulillah terima kasih uncle Musa and family jemput kami makan malam disini. MasyaAllah makanan kat Simply Ribs ni memang terbaik lah! Lembut berjus daging dia ... memang terbayang-bayang sampai sekarang. Harga pun boleh tahan gak tu huhu.
Begitulah pertemuan yang tak disangka tapi bersyukur dapat jumpa dengan orang yang mak pernah jaga masa kecil-kecil dulu. Gigihnya mak cari rezeki demi sesuap nasi untuk keluarga. Dapat pula keluarga baik yang turut menjaga kebajikan mak dan melayan mak seperti keluarga sendiri. Sehingga dah besar dan ada family sendiri pun masih boleh ingat kat mak dan cerita lama padahal masa tu uncle Musa dan adik beradik masih di sekolah rendah.
Moga ikatan sillaturrahim ini dapat dieratkan kembali dan moga mak dapat peluang berjumpa dengan mereka satu hari nanti. Aminnn ....
Love,
Hanim
Seronok dapat berkumpul macam nie.. mengeratkan silaturrahim..
ReplyDelete