Assalamualaikum! "Buu .... boleh tak kakak guna duit raya kakak beli handphone?" Adehhh ... soalan tu memang payah ibu nak jawab. Budak zaman sekarang kalau takda gajet tak boleh hidup ye.
Ibu tahu ramai kawan kakak yang dah ada handphone sendiri. Ada yang siap bawa ke sekolah lagi. Ibu pula sedaya upaya tak nak bagi anak-anak terlalu mengadap gajet kecuali cuti sekolah atau bila dibenarkan ibu dan ayah.
Sebab itu, dari awal dari kakak darjah satu lagi ibu dah tetapkan tiada gajet pada hari persekolahan. Hanya Sabtu & Ahad, itupun sekejap-sekejap je. Takda nak mengadap sepanjang masa! Ibu juga tak mahu jadikan tabiat berjanji kepada anak-anak untuk belikan handphone sebagai syarat kakak atau adik dapat nombor satu dalam peperiksaan sebab itu hanya akan memburukkan lagi keadaan!
Pendek kata, ibu tak berapa setuju nak benarkan anak-anak ada gajet sendiri buat masa ni. Walaupun guna duit poket sendiri, bagi ibu masanya belum sesuai lagi. Bukan ibu tak percaya anak-anak ibu, tapi biarlah tunggu sampai kakak masuk sekolah menengah dulu...at least!
Simpanlah duit raya kakak tu untuk kegunaan yang lebih penting dimasa hadapan. Handphone bukan satu keperluan buat masa sekarang terutama untuk kakak dan adik yang masih bersekolah.
Mungkin ibu nampak kolot dan terkebelakang kerana anak orang lain masing-masing ada handphone sendiri, akaun facebook sendiri, akaun instagram sendiri, akaun tiktok dan macam-macam lagi. Tapi biarlah Hazwani dan Hazmira 'bebas' dari tu semua buat masa ni.
Tapi ibu still layankan anak-anak dengan apps yang menarik dan comel macam di atas ni hehe. Buat masa ni, apps ni jelah yang ada di handphone ibu. Game yang lain dah ibu delete dan tak terfikir nak ada tiktok hehe.
Love,
Ibumu
dorang suka main game growtopia la tu.. ada yg jenis hp atau ipad tak perlu simkad..
ReplyDeletepro - dpt memahami dan bekerja sama sesama kengkawan menjadi team work yg mantap.
con - mudah tertipu dgn org yg mengambil kesempatan terhadap minda yg masih muda.