Breaking

Monday, July 23, 2018

Nasihat Dr. Amalina untuk ibubapa termasuk aku!



Assalamualaikum! Sejauh mana korang percaya suplimen baik untuk anak-anak kita? Mungkin ada yang berpendapat suplimen itu perlu untuk memastikan anak-anak dapat nutrien yang diperlukan untuk mereka lebih mudah belajar di sekolah.

Aku juga pernah berfikiran begitu, sebab apa saja yang baik untuk anak pasti kita sebagai ibubapa takkan berfikir dua kali. Tapi dengan lambakan makanan tambahan dan suplimen di pasaran yang bermacam-macam jenis membuatkan aku rasa macam  ...hurmm betul ke diaorang ni?


sumber : IG story dramalinabakri


Baru-baru ni, viral tentang perkongsian dari Dr. Amalina di IG storiesnya berkenaan isu suplimen untuk kanak-kanak. Aduhh ... terkono den! Dr. Amalina dah kasi pecah rahsia hehe. Aku pun ada bagi suplimen jugak kat anak-anak tapi hanya Scott Emulsion tu je la dulu. Itupun masa diaorang umur 5-6 tahun sebab nak elakkan dari jangkitan selsema dan kuatkan imunisasi badan. Sekarang diaorang makan je nasi lauk pauk ibu dia masak. 

Tambah pula selera makan masing-masing dah bertambah, cuma bab sayur-sayuran dan buah-buahan tu sedikit memilih. Tapi kira ok la diaorang makan sikit berbanding dulu huhu.

Dr. Amalina Pernah Dipelawa Jadi Duta Suplimen

Pengakuan Dr. Amalina sendiri di IG storiesnya, memang tak menghairankan lah. Beliau merupakan pelajar SPM paling cemerlang seluruh Malaysia beberapa tahun lalu, masa tu pulak segala macam jenis produk suplimen ni memang dah berlambak di pasaran.

Tapi bukan bayaran yang menjadi ukuran. Apa guna tipu orang dengan testimoni yang tak betul? Sekarang ni pun bukan setakat produk suplimen, produk kecantikan dan kosmetik pun banyak menipu! Tu pun ada lagi orang dok percaya dan beli .... kerana testimoni lah! 

sumber : IG story dramalinabakri


Terima kasih Dr. Amalina atas perkongsian dan peringatan ini.Kita bagi la anak-anak kita makanan yang sihat dan dari sumber organik atau asli. Bukan dalam bentuk pil ke ape ke yang menjanjikan bulan dan bintang. Kalau dah dia pun malas belajar ... bagi air rebusan buku teks tu pun belum tentu dia boleh hafal semua! hehe.

Love,

Hanim

8 comments:

  1. terpaksa setuju dgn dr amalina, hanim.
    aida kasik anak jus kurma, utk kesihatan.
    biar badan diorang tak selalu sakit. boleh jejas proses belajar.
    takde lah niat terus jadik pandai :) hi hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis, kalau untuk tujuan memberi stamina dan kesihatan anak dan bahannya tiada yang mengarut ok je. Tapi kalau produk tu claim boleh tukar budak dari bodoh boleh jadi pandai ...tu macam lain dah tu kan

      Delete
  2. 1 fikir 1 benda je... org dulu2 x de supplement boleh je jd 'Einstein' kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pemakanan takda bahan kimia dan merbahaya. Mak-mak kita dulu pun cakap makan banyak sayur nanti jadi pandai hehe

      Delete
  3. Macam-macam testimoni kan, yang mudah percaya je akan terpedaya. Mana ada jalan mudah untuk semua perkara, nak cantik, kena usaha, nak bijak, kena usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, macam Dr cakap tak perlu segala jenis pil ni kalau nak bagi anak pandai. Makan sayur, buah, belajar rajin dan bijak bahagi masa. Nescaya ada harapan untuk berjaya

      Delete
  4. Apa yang penting kita perlu tahu,setiap makanan yang masuk dalam perut kita dan ahli keluarga kita. Makanan yang baik boleh merangsang pemikiran yang baik juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.