Breaking

Tuesday, July 31, 2018

Terbang bercuti dengan Malindo Air



Assalamualaikum! Masa first time dengar nama Malindo Air ni, korang ada tertanya-tanya tak, ni company kapal terbang dari mana? Nama macam Malaysia, eh macam Indonesia pun ada. Konfius sikit kan?


Apa itu Malindo Air?
Malindo Air ni sebenarnya sebuah syarikat penerbangan gabungan Malaysia dan Indonesia. Nama Malindo tu sendiri dari Malaysia dan Indonesia. Syarikat ni dimiliki oleh Lion Air, syarikat tambang murah kat Indonesia tapi office dia semua kat Malaysia.
Flights origin dia pun banyak dari Malaysia. Malindo Air ni merupakan sebuah penerbangan full-service, meaning flights dia semua ada checked in baggage yang free, ada kasi makanan dan minuman and in-flights entertainment, no matter how short the flights are. Kalau yang pernah naik Malindo Air tu mesti perasan kan semua flights dia ada tv kecik tu yang korang boleh tengok movie, tv, layan lagu dan main game.

Malindo Air best ke?
Apa yang bestnya pasal Malindo Air ni? Selain dia merupakan company kapal terbang gabungan dua buah negara serumpun ni, Malindo Air punya flights boleh dikategorikan sebagai penerbangan tambang murah.
Yup, macam Lion Air tu sendiri, yang merupakan penerbangan tambang murah kat Indonesia dan juga Air Asia, Asia’s Lowest Cost flights. Harga dia pun setanding dua companies besar ni.
Yang selalu naik travel naik flights, mesti perasan yang Malindo Air ni actually a lot cheaper than other flight companies. Sebabnya, kalau korang naik Malindo, korang dah dapat complimentary checked in baggage. Kalau domestic flights dapat 15 kg, kalau international flights dapat 25 kg.
Tak perlu beli luggage extra yang harga dia kadang-kadang tu sama dengan harga tiket. Malindo Air pun serve free snacks and drinks untuk flights dekat-dekat and full meal kalau flights korang jauh, macam international flights gitu.

free access to entertainment. Eg. movies, songs

Entertainment dia pun free access, tak perlu nak bayar extra or pay per watch gitu. Movies collection dia segala macam jenis cerita ada! Dari local Melayu ada, Chinese ada, Tamil pun ada selain standard Hollywood's movies. Kalau korang tak bawak korang punya earphone sendiri untuk layan entertainment service dia, flights attendants akan bagi pinjam earphones Malindo Air. Kualiti dia boleh tahan untuk layan movie sepanjang flight tu. Nanti before landing, flights attendants akan ambik balik earphones tersebut, jangan tak bagi pulak!
comfortable leg room

Selain tu, yang paling best about Malindo Air ni, mestilah the awesome leg room dia! Ye, walaupun flights tambang murah, leg room dia puas hati! Besar dan selesa sangat. Takde lah rasa macam tersepit je sepanjang flights tu, especially for orang-orang badan yang agak besar nih.
Leg room dia korang boleh main hayun-hayun kaki, even lepas letak bag kat bawah seat tu. Orang yang tinggi or besar, lutut mesti selalu terlanggar meja kecik seat depan kan kalau naik low cost flights ni kan. Tapi kat dalam flight Malindo Air, lutut korang tu masih ada ruang nak bernafas. Seat dorang ni pun boleh recline puas hati punya. Bukan takat beberapa degree je yang macam takde sebarang perubahan tu pun, but recline yang boleh memberikan korang keselesaan lebih sikit untuk tidur tapi takde lah full recline macam seats kat first class.


Naik Malindo Air di KLIA
Malindo Air ni kalau kat Malaysia, dia fly mainly dari KLIA. BUKAN KLIA2, tapi KLIA yang first tu. Flights dia selalunya dari terminal satelit, walaupun kadang-kadang KLIA tukar tu the main terminal but they usually inform masa korang beli tiket, check-in and masa drop bags.
So no need to worry kot-kot korang salah terminal. Boleh jugak check boards dekat KLIA yang tulis gates mana and dah bukak ke belum. Kalau nak, boleh je tanya pegawai-pegawai airport yang banyak kat KLIA tu. Gates flights Malindo ni tak sejauh gates kat KLIA2 and flights dorang ni selalunya on-time, jarang delay.
Oh selain tu, kalau korang naik flights Malindo Air dari KLIA and korang nak naik KLIA Express from KL Sentral tu, korang boleh check-in and drop bags korang dekat KL Sentral je. Tak yah nak tarik beg berat-berat sampai KLIA.
Cara dia, pergi KL Sentral, beli tiket KLIA Ekspress, lepas tu pergi kat kaunter check-in/drop luggage. Semua luggage korang yang nak check-in tu boleh bagi kat officer Malindo Air yang bertugas kat kaunter tu. Dokumen yang diperlukan sama macam kalau korang nak check-in/drop luggage kat airport. Nanti luggage korang tu, dorang hantar terus masuk dalam kapal terbang kat KLIA, so korang boleh jalan rilek-rilek kat airport.

3 comments:

  1. bestnya seat dia! Tak pernah lagi guna malindo air ni

    ReplyDelete
  2. takpernah guna lagi malindo tapi malindo nampak best

    ReplyDelete
  3. Tak pernah naik flight Malindo lagi. kalau domestic okay lagi kot kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.