Breaking

Monday, August 20, 2018

Semangat Merdeka


Assalamualaikum! Fuh! berkurun lama kutinggalkan 'sawang' di blog ni. Bukan takda cerita nak dikongsikan tapi masa asyik tak cukup memanjang. Kakak baru je lepas habis trial UPKK. Yang adik pulak baru lepas sibuk menghias kelas dengan bendera jalur gemilang.

Cakap pasal bendera ni, rasanya ada 5 ke 6 helai bendera dah dia borong untuk hias kelas. Tapi separuh tu guna duit kelas dia la, yang separuh lagi ibu belikan. Tahun ni adik cakap dia nak dapat hadiah untuk kelas tercantik sempena sambutan merdeka kat sekolah agama. Dia takmo bagi kelas Syafie & Hambali menang, so dia nak beli bendera banyak-banyak gantung kat dalam kelas hehe.

Minggu lepas ustazahnya hantar gambar, memang cantik la kelas dia. Bendera kat tingkap, kat siling, kat atas meja semua tempat ada! Rajin pulak ustazah melayankan anak-anak muridnya kan. Ibubapa terharu sangat ... terima kasih ustazah!







Tapi dua tiga hari lepas tu, adik balik mengadu kat ibu yang kelas Syafie & Hambali tiru kelas adik haha. Dia punya tak puas hati ... suruh ibu printkan pulak gambar bendera. Adehhh ... anakku hehe.

Cantik dah kelas adik tu. Tapi dia masih tak puas hati lagi, tak nak kalah dengan 2 kelas tu. Sejak kelas dia menang kelas terbersih dan terkemas bulan lepas, semangat dia nak menang lagi tu berkobar-kobar! Tu yang bersemangat dia kumpul duit dengan kawan sekelas nak beli bendera hoho.

Dah setel hias kelas, dia nak buat benda lain pulak dengan bendera tu. Katanya tahun ni nak masuk pertandingan pakaian patriotik pulakkkk! Puas ibu tanyakan orang yang boleh jahit baju bendera, tapi takda sapa sudi pun huhu. Takpelah... nanti kita sama-sama hias baju adik guna bendera ya. Dari darjah 1 diaorang tak pernah masuk pertandingan pakaian ni, so kali ni bagi peluanglah sebab diaorang yang request nak masuk. InsyaAllah idea ayah dah bagi, bendera pun dah ada, tinggal lagi nak start gunting dan jahit tu je nanti hehe.

Love,

Hanim

2 comments:

  1. semangat mcm ni la patut diterapkan kepada anak2 :)

    ReplyDelete
  2. semangat patriotik btol! bagus!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.