Breaking

Monday, September 03, 2018

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 | Baju Bendera Malaysia Untuk Mira


Assalamualaikum! Ibu rasa kan benda paling mencabar setakat ni yang ibu pernah buat dalam hidup adalah menyiapkan baju bendera anak! Ibu dah la tak pandai menjahit, masuk kelas menjahit dulu pun separuh jalan je. Tetiba anak request nak baju bendera untuk masuk pertandingan pakaian patriotik di sekolah ... mau tak tanjat mak gegirl! 

Tengok design mak-mak lain buat untuk anak masing-masing tergugat juga rasa hehe.  Macam-macam fesyen, macam-macam baju diaorang buat. Elehhh ...apa susah, hantar je kain bendera ke tukang jahit. Tu satu hal, tapi yang buatkan ibu bertukar fikiran ialah sebab bila Mira bersorak,"yeay yeayy mama buat!" Mama BUAT ok ... BUAT tu macam Mira berharap sungguh ibu yang jahit sendiri ...terus macam ... ok ibu buat la untuk mu anak. Lagipun ibu buat sendiri baru ada nilai sentimental kan. Tangkap gambar banyak-banyak dan simpan, nanti dah tua boleh tengok balik ...oohhh ini baju aku buat dulu untuk diaorang ye (hahahahaha cam hareeee imaginasiku)




Lalu dengan semangat yang tinggi tapi idea yang ciput ibu sahut juga cabaran ini. Idea memang banyak time ni, tapi satu pun takleh pakai sebab semua susah pada ibu! Ye la ... ada mesin jahit dan reti guna takpa la jugak. Ni semua main jahit tangan je, takkan nak jahit bendera tu buat baju terus. Ibu pun angkat kaki kalau macam tu hehehe.

Permintaan Mira nak baju bendera ala-ala princess ... tinggi benor cita-cita mu anak hehe. Takpe, ibu buat ...ibu buat. Ibu suruh bawa keluar jubah mana yang awak muat pakai. Pastu ibu fikirkanla design macam mana nak buat kat baju awak ni.

Dan .....

tadaaaaaa!


Baju bendera Malaysia Mira dah siap! Syaratnya kena baju bendera dan patuh syariah (menutup aurat). Inilah hasilnya baju Mira yang ibu mampu buatkan. Ada macam ala-ala princess tak? haha. Walaupun tak la sekembang gaun princess tapi nampak sikit-sikit pun jadi la yek.

Disebabkan ibu cuma ada benang dan jarum, maka ibu guna konsep tampal dan jahit aje di baju jubah Mira hehe. Jubah tu dah memang kaler biru kat 'badan'nya, maka ibu lekatkan aje 'bulan' dan 'bintang' situ tambah dengan 'batu permata' kasi bling bling sikit. 




my princess ready to go to school

nervous katanya ...malu nak masuk sekolah sebab semua 
orang pandang dia haha

Bahagian bawah tu nak kasi menarik lagi ibu tambahkan 'bunga mangga' kaler merah kat jalur merah. Nampak la shining sikit kan, walaupun tak kembang tapi nampak lain sikit dari kawan-kawan yang lain hehe.

Tudung je yang ibu pening sikit ... nak beli tak sempat, Mira pakai je tudung hitam, nanti ibu buatkan hiasan atas kepala. Maka, terhasillah cekak rambu ramba dengan nombor '61' di atas tanda 61 tahun merdeka.


Mira & ayah

Hari kejadian, berkali-kali Mira ingatkan ibu datang kat transit untuk siapkan dan makeup Mira hehe. "Mamaaaa ..kang datang tau". Ye la ... mana boleh ibu ayah tak datang. Waktu tengahari ibu siap-siap pakaikan baju bendera dan makeup yang simple je. Ibu mana reti makeupkan orang sayang.  Anak-anak ibu la insan-insan pertama yang ibu makeupkan hehe. Terima kasih kerana mempercayai ibu (sebak).

Segan juga dia bila kawan-kawan lain tengok baju dia. Budak lain pakai baju dari kain bendera terus, Mira punya je ibu olah jadi seakan-akan baju bendera hehe. Tapi ibu dah cakap awal-awal, kalau dah masuk pertandingan ni Mira kena berani. Tu yang dia 'redah' jugak la  masuk dalam sekolah hehe. Alhamdulillah Mira menang tempat ketiga pertandingan pakaian patriotik di sekolah agama.


Tahniah Mira!

Mira dan rakan sekelas

Mira bersama ustazah dah peserta lain



Memang mengancam baju-baju bendera yang adik-adik kita pakai ni. Macam-macam fesyen ...yang lelaki pun segak bergaya dengan baju Melayunya, baju pendekarnya ... memang sporting diaorang semua ni. Tahniah kepada semua pemenang pakaian baju patriotik termasuklah anak ibu💗

Tugas ibu untuk baju Mira dah solosai. Tapi misi untuk siapkan baju bendera kakak belum solosai hehe. Kakak pun nak masuk pertandingan tapi kat sekolah rendah punya. Katanya nak pakai untuk penutup bulan kemerdekaan, ok nanti kita fikirkan apa corak nak buat ye.

Love,

Ibu

5 comments:

  1. nanti lisa ada anak.. takdan nk buat mcm ni . pakai la baju beli nakk hahaha.. mak tak kreatip

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah-entah nanti lisa lagi hebat buat baju bendera anak sendiri

      Delete
  2. cantik lah.. time nie la nk glamor habis-habisan..

    ReplyDelete
  3. wahh menang baju rekaan mama. Tahniah princess Mira

    ReplyDelete
  4. Cantik dan kreatif... Terbaeekkklah

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.