Breaking

Wednesday, September 19, 2018

Cara berkesan kawal kencing manis


Assalamualaikum! Penyakit ni tak kira jantina dan umur. Orang muda pun boleh kena kalau tak berhati-hati dalam pemakanan. Kelmarin pergi melawat orang sakit, dapat tahu rupanya bacaan kencing manisnya mencanak naik 15! Orang pempuan naik 6-7 pun dah seriau dah weh, tambah kalau pempuan mengandung kan.

Memang ada banyak produk yang 'claim' boleh kawal kencing manis dan sebagainya. Tapiiiii ... seeloknya lah kan, jangan lah kita ni pemalas sangat nak kawal secara sendiri atau semulajadi. Takkan semua nak kena harap produk semata? Memang ... duit tu duit awak, suka hati awak lah kan nak belanja macam mana. Ye la ..sedangkan doktor pakar berbuih mulut nasihatkan pun tak jalan. Inikan pulak mommyblogger sendu macam kita ...huhu. 

Apapun, kita still nak kongsikan disini supaya mana la tahu terbuka hati awak semua untuk amalkan kaedah yang lebih selamat dan secara semulajadi instead of telan segala jenis mak nenek produk yang berlambak di pasaran. Bukan tak boleh, tapi selidik dulu kaji dulu dan jangan ada mentaliti yang mengatakan bahawa kita makan produk tu tak perlu senaman, melantaklah apapun tetap takkan memudaratkan. Salah konsep tu ....


sumber : fb (sharing dari Dr. Rafidah)

Penyakit ni adalah apa yang kita makan setiap hari. Kalau junk food yang banyak masuk, maka kesannya akan timbul juga nanti. Lambat ngan cepat je. So, kalau ada yang menghidap kencing manis tapi masih di tahap terkawal, sebaiknya kekalkan bacaan tu dengan mengamalkan pengawalan makanan seperti dalam gambar di atas.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih jawabnya. Tadi kite baru tengok satu video seorang lelaki yang buncit boroi boleh turun berat badan dalam masa beberapa bulan. Plus, dia tak makan produk untuk kurus tapi dia amalkan makanan sihat dan bersenam 6 kali seminggu. Dan paling mengejutkan dia juga berpuasa 18 jam sehari! Hasilnya, perut boroi lemak berlipat sudah jadi six-pack sado. Bior lambat asal sihat ...terbaikkk!

Love,

Hanim

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.