Assalamualaikum! Minggu lepas kami main masak-masak. Tapi bukan aku masak, orang lain masak, aku tukang ambik video je hehe. Tu pun video syok sendiri sebagai tanda kenang-kenangan.
Ada 5 kumpulan yang mengambil bahagian kali ni, demi merebut gelaran Juara Masterchef Puspanita Met! Alaa bukan nak menang sangat pun, kami bertanding sekadar untuk suka-suka dan memeriahkan suasana. Kalau menang bonus la kan. Kalau tak menang still dapat makan hehe.
Melihatkan kemahiran dan bakat yang ada pada peserta yang bertanding kali ini membuatkan aku sujud syukur kerana tak masuk bertanding sama. Bukan level konfiden tu tak tinggi, tapi masalahnya ... tu la konfiden level tak berapa nak tinggi. Ehh ...sama ke tu?? haha!
Memang pro tengok kemahiran dan skill masing-masing beraksi di dapur. Semua pantas bergerak dan tahu tugas masing-masing. Semua peserta profesional , rileks je diaorang. Boleh lagi bergurau dengan kami sambil memasak hehe.
Yang pasti semerbak harum bau bilik dengan bau rempah dan cili masak. Fuh! tak sabar dah ni nak meratah! hehe.
Masa yang diperuntukan ialah 1 jam setengah tapi ada kumpulan yang dah siap 40 minit sebelum tu.
T.A.H.N.I.A.H kepada semua peserta dan kepada Juara Masterchef Puspanita Met 2018 iaitu Kuali Diva!
Love,
ahli puspanita
Hanim
Hanim
No comments:
Post a Comment