Assalamualaikum! Begitulah nasib kaum ibu di zaman ini. Zaman serba canggih, zaman semua di hujung jari. Kalau dulu mak-mak dan ayah-ayah je yang berhak marah anak, tegur anak, rotan anak. Tapi sekarang itu semua dah terbalik!
Perlukah ibu dimarahi? Perlukah mengajukan soalan seperti itu? Tak pasal-pasal ibu rasa bersalah bila Mira ajukan soalan tu pagi tadi. Terkejut ...tergamam ....terdiam. Emosi terganggu sekejap dan soalan itu tak berjawab sehingga kini.
Salahkah? salahkah akuuuuuu...????
Tapi jujur, memang ibu rasa bersalah. Bersalah bukan kerana tak dapat jawab soalan Mira tu. Tapi sebab ibu rasa ibu dah kecewakan Mira semalam. Semalam memang ibu agak penat ...lalu tertido awal.
Dan pagi ni ketika berjalan kaki ke kereta, Mira cakap,"ibu tak cium pun adik semalam ye! Malam pun mama tak cium."
"Eh, ye ke mama tak cium?"
"Ye la... malam tadi mama tido terbongkang je tak cium pun adik!"
Tak terkata ibu! Mula-mula rasa nak tergelak sebab dia sebut "terbongkang" tapi dari riak wajahnya memang dia betul-betul marah tu! Ibu hanya mampu diam. Setiap hari , setiap malam memang ibu tak pernah miss beri ciuman pada dia. Pada ibu Mira is still my little baby. Pada dia lah ibu masih dapat merasakan bagaimana bahagianya melayan anak kecil.
Dia pun dah biasa kena cium ngan ibu setiap hari. Kalau ibu terlupa sekejap mula la dia tanya soalan bila nak cium mira hehe.
Mira oh mira .... nampaknya hari ini ibu kena gandakan ciuman ibu untuk Mira! hehe.
Love,
Ibu
Ibu kena cium lebihlah hari ini ye.. Ganti semalam punya..
ReplyDelete