Assalamualaikum! Sejak kerajaan Malaysia yang baru dibentuk, banyak perkara yang telah dan sedang melalui rombakan besar-besaran. Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam berdepan dengan perubahan ini.
Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah yang akan berkuatkuasa pada Tahun 2019.
12 Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah
- Bermula 2019, setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan di setiap perhimpunan
- Pendidikan Sivik akan diperkenalkan
- KPM akan berusaha memperbaiki masalah "mutual distrust" antara guru dan ibubapa
- Popularkan kembali budaya "hero teachers" untuk tingkatkan pengiktirafan profesion guru
- Telefon pintar akan "dimanipulasi" untuk tujuan pendidikan
- Kanan-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah 2019
- Kawasan Rehat Guru akan diwujudkan
- Guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019
- Tidak akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan. Pendekatan selepas ini "slice and dice" ketirisan
- Ke arah menjadikan sektor pendidikan "OKU friendly"
- Menyelesaikan isu sekolah daif
- Kemeriahan "speakers corner" di sekolah-sekolah.
Diharap KPM dapat menyelesaikan isu sekolah daif yang masih lagi terdapat di kebanyakan sekolah di bandar dan luar bandar. Banyak kemudahan-kemudahan asas yang masih tidak memuaskan memerlukan perhatian dan tindakan KPM dan pihak berwajib.
Yang no 11 tu harapnya dilaksanakanlah sesungguhnya..
ReplyDeleteaah kan ... memang no.11 tu perlu diberi perhatian dulu oleh pihak kementerian. Banyak sekolah di bandar ni yang takda kemudahan atau sudah lapuk dan perlu diperbaiki
ReplyDeleteSekolah luar bandar pun terlalu daif. Sekolah anak saya, tahun depan disediakan locker tapi berbayar lah plak.
ReplyDeletesetuju .....
ReplyDelete