Breaking

Thursday, October 11, 2018

Bukan Hepatitis C tapi ....


Assalamualaikum! Kecik-kecik dulu mak la yang selalu ambil berat sakit pening kita. Yang teman kita pergi jumpa doktor pun mak juga. Yang letak tuala basah di dahi kalau demam panas pun mak juga la. 

Tapi bila anak-anak dah ada keluarga sendiri, duduk berjauhan maka mak dan abah la yang jaga satu sama lain. Itulah satu benda yang kita rasa sedih ... sedih memikirkan dalam usia begini pun diaorang kena pergi sendiri buat sendiri. Sebab tu kita akan sedaya upaya untuk ambil cuti temankan mak ke hospital dan berjumpa doktor.





Beberapa bulan lepas, mak melalui ujian darah di klinik kesihatan macam biasa. Tapi doktor bagi surat suruh pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut. Tak pernah lagi mak kena refer ke hospital sebelum ni, jadi agak pelik kenapa kena pergi kali ni.

Selepas beberapa ujian darah dan ujian x-ray di hospital, mak kena jumpa doktor. Faham-faham je la keadaan di hospital tu macam mana. Dengan ramai orangnya, dengan sesaknya, dengan lambatnya. Memang risau memikirkan macam mana la mak nak handle sorang-sorang tu nanti. Abah pulak tak boleh jalan banyak sangat. Thats why kita amik cuti dan balik kampung kejap temankan mak ke hospital. 




Berdebor jantung bila dengan doktor kata mak kemungkinan ada Hepatitis C! Kenapa tetiba mak ada penyakit tu? Tapi doktor kata ini kemungkinan je kerana merujuk pada gambar x-ray hati mak, ada sedikit 'bengkak' disitu. Mak kena jalani ujian darah lagi untuk betul-betul pastikan. Kalau betul maka mak akan kena jalani rawatan di hospital. Allahu ... sedih sangat! 

Masa tu perasaan memang berkecamuk ... jiwa kacau ... takda mood! Rasa nak balik kampung jaga mak terus! Walaupun mak takda simptom-simptom penyakit tu tapi kita ikut je la prosedur hospital ...amik darah lagi dan lagi. Dan minggu lepas mak kena jumpa doktor sekali lagi.

Ahamdulillah .... doktor kata mak bukan kena penyakit tu. Hati mak 'bengkak' sebab kolesterol yang berkumpul disitu. Ujian darah juga mengesahkan. Syukur sangat! Tapi doktor bagi mak warning jaga kesihatan, kurangkan makanan berminyak, makan oat dan bersenam setiap hari selama 30 minit. Bersenam tak perlu berat-berat, jalan keliling rumah sikit-sikit pun boleh dah. 

Legaaaaaaa rasa hati! Moga Allah lindungi dan berkati mak dan abah dengan kesihatan yang baik dan jauhkan dari pernyakit yang merbahaya...aaamiinn.

Love dan rindu,
Anakmu

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.