Assalamualaikum! Syoknyee bila nampak kotak merah jambu atas meja. Hilang segala penat lelah bekerja seharian hehe. Orang perempuan begitulah, kalau nampak satu-satu benda yang dia suka dan idamkan lama, itulah yang akan jadi terapi untuk dirinya ... setuju?
Minggu lepas kotak merah jambu ni sampai yeayy! Setakat ni, Althea memang efisien. Tak sampai seminggu barang dah sampai. Tambahan pula, Althea baru je lancarkan produk terbarunya maka haruslah kita mencuba ye tak!
Produk terbaru yang kita maksudkan tu adalah ... Petal Velvet Sunaway SPF 50 PA++++ & set Petal Velvet Powders (mengandungi 3 variasi) beserta 1x Althea hologram pouch!
Kebetulan, kita memang tengah cari sunscreen yang sesuai. Maklumla, walaupun kita keje pejabat duduk dalam pejabat, tapi ada masanya kita perlu keluar melakukan kerja kan. So, kadang-kadang rasa kulit macam tak cukup perlindungan dari sinaran matahari.
It's all mine!
Yuhuuuuuu! cantiknya packaging Althea kali ni...serba serbi pink! Tapi kita bukan setakat kena suka pada warnanya, kita juga kena tahu adakah produk ini berkesan untuk kulit kita? Haaa yang tu kena tunggu la kita review ye. Kalau nak share kena share ikhlas dari hati, kena pakai sendiri dulu baru kita boleh rasakan perubahannya ...betul tak!
Jom kita close-up sikit!
Petal Velvet Sunaway
Set Petal Velvet Powders dengan 3 variasi
Macam biasa, nantikan review dari kita ye. Sesuai ke tak, bagus ke tak atau macam mana. See you guys!
#AltheaAngels,
Hanim
Wah.. pink pink gitu..
ReplyDelete