Breaking

Tuesday, October 23, 2018

Tak Suka Naik Teksi Sebab Apa?


Assalamualaikum! Isu lama yang kini jadi kecoh semula. Bermula dengan tindakan biadap segelintir pengusaha teksi di Langkawi yang dikatakan bertindak keluar ketika sesi dialog bersama Perdana Menteri sambil mengeluarkan kata-kata kesat akibat tidak berpuas hati kerana kerajaan mahu mengekalkan Grab.

Kemudian, timbullah pula isu layanan antara teksi dan Grab. Tak dinafikan ramai antara kita yang lebih selesa memilih perkhidmatan Grab atau E-hailing. Bagi kita, 2 sebab ni lah yang menjadi punca utama masyarakat dah muak dan jelak nak guna teksi sebagai pengangkutan awam:


MEMILIH TEMPAT 

TAK NAK GUNA METER

Sumber : Malaysiakini

Sumber : Malaysiakini


Lihat saja hasil undian atas talian yang dijalankan oleh Malaysiakini, rata-rata lebih selesa dengan Grab dari teksi. Maknanya tu apa? Maknanya, pengguna dah pandai memilih yang mana elok dan tak elok. Bila ada banyak pilihan, dah tentulah kita sebagai pengguna nakkan yang lebih selesa dan boleh memenuhi keperluan kita. Bukan apa yang ditentukan oleh pemberi perkhidmatan tu. 




Orang tak tahan sebab bila ada satu je perkhidmatan teksi awam macam ni, mula la 'naik tocang' dan 'banyak lemak'. Sebab itu bila Grab dan Uber diperkenalkan, pemandu teksi dah tak 'mewah' dapat pelanggan macam dulu.

Ditambah pula pelbagai isu negatif yang berlaku, walaupun hanya segelintir pemandu teksi je yang tak betul dan buat perangai, habis semua yang baik dan jujur terpalit sama. 

Pengalaman Dengan Pemandu Teksi

Dulu kita pun ada isu dengan teksi. Kita dari Pudu Raya baru turun bas dari Kuantan. Masa tu dah tengah malam, lepas pukul 12. Teksi memang dah sedia ada kat depan tu, kita pergi dekat tanya "Desa Pandan boleh?", dia jawab ,"jauh sangat la dik...", kita pun senyap dan terus blah. 

Pakcik Teksi Yang Baik

Walaupun kita tak kerap guna teksi, tapi alhamdulillah ada sekali tu dapat pemandu teksi yang baik dan jujur. Pakcik teksi ni peramah elok, teksinya bersih dan kemas, dia guna meter dan tak pilih tempat. Kemana saja pelanggan nak pergi dia akan hantar.

Sempat lagi dia bercerita baru lepas hantar pelanggan ke satu tempat dan patah balik ke sini untuk cari pelanggan lagi. Pendek kata, kita selesa dan tambangnya pun berpatutan. Masa tu internet hp boleh pulak slow giler dan tak boleh masuk app Grab. Jadi, memang rezeki pakcik teksi tu.

So, dalam isu ni walaupun banyak negatifnya janganlah kita tutup mata terus pada sumbangan mereka selama ni. Jujurnya, masih ada lagi pemandu teksi yang baik dan mengikut peraturan yang sedang berjuang dan bertahan demi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Namun, pengusaha teksi juga perlu mengubah attitude dan perbaiki kelemahan yang ada. Kita sama-sama cari makan, persaingan itu sentiasa ada tak kira dimana, dalam apa jua bidang. Jika ingin kembali relevan dalam industri pengangkutan awam negara, maka pengusaha-pengusaha teksi perlu berubah.

Love,
Hanim

3 comments:

  1. Ada je pemandu teksi yang baik, jujur dan bersedia ke mana sahaja dan menggunakan meter tapi disebabkan perangai sesetengah pemandu teksi yang memilih tempat nak pergi, letak harga ikut suka habis semua pemandu teksi terpalit.. Tempat Sha nie pendalaman memang tak pakai meterlah.. Ikut suka dia je nak letak harga.. Bila ada grab memang senanglah..

    ReplyDelete
  2. taktau bila last naik teksi tapi mmg taksuka

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.