Assalamualaikum! Bermula bulan September, anak-anak kita akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu UPSR yang dah berakhir minggu lepas, UPKK bermula dari hari ini sehingga Khamis, SPM & STPM yang akan bermula dalam bulan November nanti.
Parents nervous tak?? tentulah nervous kan...biasalah tu anak-anak amik exam, mak pak yang lebih dramanya hehe. Tapi itulah keseronokan jadi ibubapa betul tak. Kita berkongsi perasaan tu dengan anak-anak dan dalam masa yang sama kita bagi motivasi kat diaorang untuk berusaha sebaik yang boleh, berdoa dan bertawakal.
Beginilah bila sepupu bertemu. Beza umur 6 tahun , tapi dua-dua minat cerita korea, lagu korea, artis korea. Tinggi pun dekat nak sama! haha. Kalau diaorang tanya ibu siapa nama artis dalam cerita korea, memang ibu takleh jawab hehe. Ibu takda masa nak menghafal nama-nama tu semua, dah la payah nak sebut kan.
Kadang-kadang kita tegur juga, marah juga sebab kemaruk sangat dengan Korea ni, tapi selagi tak abaikan pelajaran kita kasi 'longgar' sikit la huhu.
So ibu ucapkan all the best untuk Hazwani & kakak Aten untuk exam masing-masing ye. Selamat menjawab soalan, ibu doakan moga segala urusan korang dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik. Ibu tengok Hazwani macam tak nervous je ... macam takda perasaan pun ye gak hahahaha.
Love,
Ibu a.k.a Ucu
All the best kepada semua calon..
ReplyDelete