Assalamualaikum! Hohoho ... kejap je masa 2 tahun berlalu. Kini berakhirlah sudah tanggungjawab yang digalas sebagai ajk pibg.
Tapi cukuplah 2 tahun tu sebagai ajk pibg. Takmo dah sambung haha! Bagilah peluang pula pada ibubapa lain yang mungkin ada buah fikiran dan idea untuk disumbangkan. Tak dinafikan banyak kenangan bersama dengan rakan ajk yang lain sepanjang 2 tahun ni. Kagum dengan semangat dan sumbangan mereka yang bersungguh-sungguh mencari dana untuk sekolah.
Jujur saya akui, selama 2 tahun ni juga saya belajar banyak perkara bila bergabung dengan ajk ibubapa dan guru-guru. Semuanya demi kepentingan murid-murid sekolah. Maklumla, kita ni baru pertama kali dilantik sebagai ajk, sementara yang lain tu memang dah berpengalaman jadi ajk.
Cabarannya tetap ada. Kadang-kadang biasala, bila pendapat kita ibubapa tak berapa dipersetujui oleh pihak sekolah. Tapi semua tu dapat diselesaikan dengan cara baik dan profesional.
Terima kasih lah pada pihak sekolah kerana menghargai sumbangan dan usaha ajk pibg selama ini dan terima kasih juga pada rakan-rakan ajk yang selalu memberikan kerjasama demi kelancaran program-program sekolah.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment