Breaking

Friday, November 09, 2018

Memang Patut Mufti Tegur Tu!


Assalamualaikum! Drama-drama sekarang ni kena ada tajuk 'gempak' atau 'unik' baru boleh tarik penonton ke? Kita faham la zaman dulu dan sekarang dah tentu tak sama. Berapa kerat je drama yang dihasilkan dari idea dan olahan pengarah tu sendiri. Selebihnya 'dicedok' dari novel-novel tempatan.

Tak salah kalau nak buat drama ikut novel, ada je yang mendapat sambutan yang baik di kalangan penonton. Tapi kali ni .... hurmm.


kredit : mstar online



Kali ni drama Isteri Untuk Disewa, ramai yang memberikan respon dan pendapat termasuklah bertanyakan pendapat tentang hukumnya kepada agamawan. Ye la, tajuknya saja dah jadi kontroversi. Kalau tak diperjelaskan, tak ditegur bimbang ia akan menjadi trend lepas ni.

"Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Quran, hadis dan pandangan fuqaha’.
"Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang di luar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam," -Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al-Bakri.

Teguran 'lembut' Mufti itu ada asasnya. Dan beliau pun ada menjelaskan kenyataan teguran ini dibuat bukan untuk menyekat kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, tapi apapun bentuk hiburan baik drama mahupun filem, ia mestilah tidak 'lari' dari hukum syarak.

Moga semua pihak berlapang dada menerima teguran ini. Kita ni hanya manusia biasa yang banyak khilafnya. 

p/s : Jujurnya, sekarang ni drama TV yang menjadi tarikan aku ialah Mencari Qiblat di TV3. Daya penariknya adalah setiap episod pasti akan ada cerita yang berlainan, pengalaman yang baru dan emosi yang berbeza. Lakonan Aeril Zafrel bersama pelakon-pelakon baru dan lama dalam setiap episod sangat 'kena' dengan watak. Setakat ni memang puas layan drama tu! Hiburan dan mesej yang baik dalam cerita yang sememangnya wujud dalam dunia realiti hari ni.

Love,
Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.