Assalamualaikum!
Terimbas kembali kenangan terindah waktu duduk di Cheras lebih kurang 29 tahun yang lalu.
Lebih tepat lagi Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak.
Walaupun indah tapi banyak yang aku tak boleh nak ingat sebab masa tu aku kecil lagi, baru sekolah tadika.
Nak masuk darjah 5 baru pindah ke rumah sekarang.
Antara yang aku ingat, ialah main kat kebun jiran depan blok.
Tapi sekarang kebun tu dah jadi Highway Loke Yew hahaha.
So setiap kali aku lalu situ, aku akan nampak rumah lama aku blok 92.
Zaman dulu, kengkawan aku adalah anak-anak jiran satu blok.
Yang empunya kebun ni adalah salah satunya.
Aku bukan setakat berkawan dengan diaorang, tapi aku suka sangat layan adik diaorang yang kecil sekali.
Anak bongsu...time tu kemaruk nak ada adik.
Tu yang aku suka sangat layan anak-anak jiran yang masih kecil atau baby.
Termasuklah adik kepada kawan aku ni hehe.
Nama dia Syafiq..aku tak pasti umur dia masa tu.
Tapi dia baru nak boleh berjalan kot.
Sukaaaa sangat main ngan dia, layan dia, jaga dia.
Sampai kakak-kakak dia pun tahu aku suka budak.
Kehulu kehilir aku dukung dia.
Layan dia bermain.
bagi dia botol susu haha.
Pendek kata, aku gi rumah dia nak layan bermain ngan dia je.
Dah la tu...panjang sangat ceritanya haha!
Kehulu kehilir aku dukung dia.
Layan dia bermain.
bagi dia botol susu haha.
Pendek kata, aku gi rumah dia nak layan bermain ngan dia je.
Dah la tu...panjang sangat ceritanya haha!
Memang tak expect dapat jemputan.
Sebab kitaorang dah lost contact sejak pindah sini.
Mujur akak masih berhubung dengan kak Ita.
Dan kami pun selamat sampai di dewan yang indah ni.
Dalam banyak-banyak gambar, ini paling semenggah sikit. Cuma rasa nak cubit je pipi Mira tu buat lidah tersentil macam tu!
Subhanallah...memang aku tak cam sungguh lelaki itu!
Inikah budak yang aku kendong ke hulu ke hilir dulu?
Besar panjang dah dia...lain benor mukanya pun hehe.
Cantik berseri pasangannya.
Ingat lagi ke kat akak Syafiq?
Akak yang dulu dukung awak kesana ke mari hehe.
Selamat pengantin baru buat Syafiq dan isteri, moga bahagia hingga ke jannah.
comelnye penari-penari cilik ni
Tak dapat bergambar dengan pengantin pun takpa lah. Kita amik gambar berlatarbelakangkan pelamin. Sekali pelamin pun tak nampak ...kena lindung dengan kepanjangan diriku haha!
Dari kiri : Kak Ita, adik kak Ita(tak tau nama hehe), Kak Noi, aku, Cik Bibah, Akak, Nana & babynya, Kak Ijan.
Thank you tuan rumah atas jemputan kenduri. Tak sangka kita boleh berjumpa setelah sekian lama. Dulu semua taraf budak-budak kecil dan remaja. Sekarang tengok semua dah sekata je, tinggal lagi yang tengah tu terlebih sikit dari yang sepatutnya hahaha!
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment